Header Ads

Suami idaman malaya ini dilihat terlalu sibuk rindukan bini muda, bini tua dedah sikap sebenar suami abai tanggungjawab dengan isteri lain...



Baru-baru ini telah tular di media sosial dan menjadi perdebatan hebat dalam kalangan netizen apabila seorang lelaki yang pernah tular kerana mengahwini gadis berusia 11 tahun di selatan Thailand, meluahkan rasa rindu kepada isteri mudanya itu.

Menurut portal Berita Harian Online, isteri mudanya kini tidak dapat keluar dari wilayah Thailand kerana sedang berada dalam jagaan Kementerian Sosial Thailand.

Penoreh getah yang berusia 41 tahun ini berkata, “Lebih tiga bulan saya tidak menatap wajah dan mendengar suaranya, perasaan rindu kepada isteri saya itu yang kini berada di Thailand, sentiasa ada.”

Abe rindu-serindunya!



“Kalau diikutkan tempoh jagaan selama tiga bulan telah sudah berakhir tetapi saya masih belum menerima khabar berita mengenai isteri saya itu dan juga kedua ibu bapanya,” ujar lelaki tersebut.

Isteri kedua mengamuk di komen

Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah pada ruangan komen portal tersebut, ada satu komen daripada salah seorang isteri lelaki itu, yang mengamuk di komen mendedahkan bahawa suaminya itu tidak membayar bil air dan api serta roadtax kereta.


Akak ni bini tua ke?


Bini ada 2, menggatal dengan budak2

Di ruangan komen portal Berita Harian, netizen mula meninggalkan komen menyatakan ketidakpuasan hati kepada lelaki tersebut yang dianggap tidak menghormati kedua-dua isterinya, memandangkan gadis 11 tahun itu adalah isterinya yang ketiga.



Pendedahan daripada isteri tua lelaki itu jelas menunjukkan bahawa dirinya juga sebagai suami tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik, kerana mengabaikan hal rumah tangga, inikan pula untuk mempamerkan rasa rindu kepada isteri muda yang baru berusia 11 tahun.

Sumber : Portal BH Online via ohmymedia

No comments:

Powered by Blogger.