Header Ads

"Orang Malaysia Yang Beriya Sangat Nak Laksanakan Undang-Undang Islam, Tolong Pindah Ke Brunei" – Presiden Tran smen Of Malaysia



“… Orang-orang Malaysia yang hendak sangat undang-undang Islam, please la pindah ke Brunei,” demikian kenyataan Presiden Tran sm en of Malaysia, Dorian Wilde.

Kenyataan tersebut dimuatkan menerusi akaun media sosial twitter milik beliau. Tambah beliau, rakyat Malaysia yang mahukan undang-undang syariah ini boleh digantikan dengan rakyat Brunei yang tidak mahu undang-undang Islam.

“Kita boleh tukar dengan rakyat Brunei yang tidak mahu undang-undang Islam.”

Menyifatkan sistem Syariah sebagai tidak adil kepada golongan minoriti terutamanya kepada golongan tran sge nder, Dorian Wilde turut mempersoalkan keperluan wujudnya sistem Syariah di Malaysia.



“Terlalu banyak sistem-sistem Islam yang perlu dibayar. Seseorang perlu merasa hairan, adakah sistem-sistem tersebut diperlukan? Mengapa sistem sivil tidak boleh dirujuk kepada semua orang?”

Dakwanya lagi, sistem Syariah hanya menghabiskan duit negara.

“Access to justice in the Syariah system is appalling. It’s also using up the country’s money.”

Mengaku sebagai rakyat yang peduli terhadap negaranya, Dorian Wilde mendakwa bahawa dia mempunyai hak untuk menyatakan tentang perkara ini.

“I sibuk kerana I peduli tentang negara I dan rakyatnya.”

Sumber : Menara

No comments:

Powered by Blogger.