Ibu Muda Ini Sedap Keluar “Berfoya-foya” Dengan Teman Lelaki. Anak 2 Tahun Menghembuskan Nafas Terakhir selepas Dikurung Dalam Tandas Dipenuhi Najis
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun dibiarkan kelaparan dan dikurung dalam bilik air di apartment milik ibunya yang disewa.
Apa yang lebih menyedihkan, bayi berkenaan ditemui mati dengan dipenuhi najis dipercayai selama 2 hari.
Ibunya, Lin, 20 tahun telah ditahan kerana mengabaikan anaknya sendiri sementara dia didakwa ‘berfoya-foya’ bersama teman lelaki.
Gaji yang diperoleh hampir RM5,000 sebulan telah dihabiskan kepada teman lelakinya yang menganggur.
Pada 9 November lalu, polis telah menerima panggilan daripada apartment milik Lin dan bergegas ke tempat kejadian. Setibanya di sana, pihak berkuasa mendapati bayi berkenaan berada dalam keadaan yang menyedihkan.
Mangsa dipercayai telah dikunci selama 3 hari menangis tanpa henti dan dibiarkan kebuluran sehingga meninggal dunia.
Sebelum ini, bayi tersebut mempunyai kakak berumur setahun lebih tua namun meninggal dunia kerana mengalami nasib yang sama.
Sumber: ET Today via Siakapkeli.my
No comments: