Header Ads

Doa rakyat Malaysia bercurahan kepada anggota bomba yang jadi mangsa rusuhan kuil, Muhammad Adib dan tunangnya



Doa rakyat Malaysia bercurahan kepada anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, 24 yang cedera parah diserang perusuh di sekitar Kuil Maha Mariamman, USJ 25 awal pagi tadi.

Doa yang dititipkan di Facebook tunang anggota bomba itu, Nurul Najihah antara lain memohon agar anggota bomba yang kini tidak sedarkan diri dan berada di Unit Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) agar sembuh seperti sedia kala.


"Bawak bersabar ye cik. Moga Allah beri kekuatan Cik dan tunang, serta seluruh ahli keluarga kalian," doa Asraf Thaqib Muhammad.

"Semoga urusan kamu dipermudahkan olehNya.. Ya Allah sembuhkan dia, kau tabahkanlah ahli keluarganya," kata Nurulhidayah Amirna.



"Saya tak kenal cik, saya harap cik dan tunang diberikan kekuatan. Amin," kata
Khairunnisa Hanis

"Semoga Allah permudahkan segala urusan. Semoga saudara Adib kembali pulih," doa Aqilah Khozai.

"Semoga tunang Cik cepat sembuh. Saya betul-betul kesal atas apa yg dah berlaku kepada beliau. Saya harap pihak berkuasa akan kesan mereka yang telah mencederakan tunang cik," tulis Lakshmi Kumar.

Dalam kejadian pukul 1 pagi tadi anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya itu diserang apabila pasukannya tiba di lokasi selepas mendapat maklumat sebuah kereta terletak di luar kuil terbakar.



Anggota yang duduk di bahagian penumpang hadapan unit EMRS itu ditarik keluar oleh kumpulan perusuh sebelum dipukul.

Akibat kejadian itu Muhammad Adib Mohd berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai mengalami kecederaan patah tulang rusuk serta beberapa kecederaan dalaman.-UTUSAN ONLINE

No comments:

Powered by Blogger.