Header Ads

Wanita Ini Kongsi Pengalaman Pahit Diserbu Khalwat Oleh Pihak Berkuasa Agama Sebijik Macam Samseng



Pada 6 Oktober yang lalu, Menteri Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Mujahid Yusof Rawa dikatakan telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada lagi ketukan pintu atau pintu dipecahkan oleh pegawai agama jika mendapat laporan khalwat atau aktiviti lain yang menyalahi ajaran Islam, seperti yang dilaporkan The Star

Sebaliknya Datuk Mujahid menegaskan apa yang dilakukan oleh orang Islam di sebalik pintu yang tertutup adalah bukan urusan kerajaan.



“Katakanlah kamu melakukan sesuatu secara peribadi, dalam kawasan persendirian, saya tidak akan masuk campur. Contohnya, Islam melarang minum arak tetapi jika kamu melakukannya di dalam kawasan kamu sendiri, maka sebagai kerajaan, saya tidak akan masuk campur," katanya.

Dalam temu bual itu, Mujahid turut dilaporkan mengutuk tindakan memecahkan pintu untuk menahan pesalah khalwat dan berharap ia tidak akan berlaku dalam pembaharuan yang akan dilakukan nanti.

“Isu penguatkuasaan khalwat ini telah disalahgunakan dan dieksplotasi untuk sesetengah kes. Adalah sangat penting mereka (pegawai penguat kuasa) tidak terlibat dalam lingkungan persendirian,” ujarnya lagi.

Ekoran perkara ini, terdapat beberapa pihak yang tidak bersetuju serbuan khalwat ini diberhentikan atas alasan-alasan mereka tersendiri





Walau bagaimanapun, Datuk Mujahid telah menyangkal kenyataan itu dengan menyatakan bahawa beliau bercakap tentang salah guna kuasa dan pencerobohan di ruang peribadi yang tidak menggambarkan kaedah dan cara Islam bukannya menggalakkan perbuatan khalwat

Membicarakan tentang isu ini sebenarnya terdapat beberapa kes di mana
berlakunya kesilapan dari segi serbuan khalwat sebelum ini. Disebabkan isu ini juga, terdapat beberapa pihak yang tampil menceritakan kisah mereka bukan sahaja ditangkap khalwat, bahkan turut dikasari walhal akibat salah fahaman.

Antara kisah-kisah yang diceritakan di laman sosial:




Bukan itu sahaja, seorang pengguna Facebook, Liyana Nazli juga telah berkongsikan kisahnya yang turut diserbu pihak berkuasa. Baca perkongsiannya di bawah:



Bila sebut tentang tangkapan khalwat, saya pun terfikir apa prosedur sebenar yang perlu dilalui sebelum sesuatu tangkapan atau serbuan dibuat. Sebab sejujurnya, sepanjang berkahwin ni dah dua kali kami kena serbu oleh pegawai pencegah maksiat. Ni bukan serbu main-main ya. Ini the real serbu punya, gaya macam nak pecah pintu punya rempuh!

Kejadian pertama masa kami baru beberapa bulan berkahwin. Kebetulan kami terlibat dengan program pelajar di sebuah resort di Terengganu. Penganjur berikan kami sebuah chalet untuk bermalam. Malam itu lebih kurang jam 3 pagi, pintu chalet diketuk macam nak roboh. Terkejut kami yang sedang tidur, terpisat-pisat suami bangun membuka pintu.

Suami buka pintu sedikit, mengintai dari celah pintu untuk pastikan siapa yang datang tengah malam buta seperti itu. Kumpulan lelaki yang berdiri di depan pintu mahu merempuh masuk. Kami disyaki berkhalwat katanya. Suami tahan pintu sebab saya tidak menutup aurat dengan sempurna. Yelah, siapa yang pakai tudung masa tidur kan? Suami minta masa sebentar untuk saya bersiap pakai tudung. Ketika itu saya hanya menyorok di bawah selimut. Mereka kata tak boleh sebab nanti hilang bukti. Like, what? Bukti apanya?

Suami berkeras. Tahan pintu dan kunci semula. Saya cepat-cepat pakai tudung dan setelah sempurna baru kami keluar. Hingar bingarlah pencegah-pencegah maksiat di luar. Bukan seorang dua, adalah dalam 5-6 orang lelaki di luar chalet kami tu. Selepas kami keluar, seorang pegawai agama berserban putih datang menyoal siasat suami. Kami tunjuk sijil nikah, gambar walimah dalam komputer dan siap offer mereka untuk telefon ibu bapa kami di kampung untuk sahkan kami pasangan suami isteri.

Dalam statusnya itu, Puan Liyana turut berkongsikan prosedur yang betul dalam melakukan serbuan khalwat seperti yang dikeluarkan Mufti Wilayah Persekutuan yang bertentangan dengan apa yang berlaku kepadanya

Mufti Wilayah Persekutuan ada menyebut tentang garis panduan operasi tangkap khalwat. Dan dari pengalaman memang tak ada satu pun daripada panduan itu dipatuhi dalam kes kami:

1. Serbuan tidak boleh dilakukan semata-mata atas sangkaan dan laporan hanya boleh diterima daripada individu yang diyakini kebenarannya.

Dalam kes kami, ada pekerja chalet yang laporkan pada pejabat agama setelah mengesyaki kami belum berkahwin. They could always ask us in the first place to provide document to prove that we are married before checking in. Tapi tak ada pun! Terus pergi lapor saja berdasarkan sangkaan mereka tu.

2. Hendaklah penguatkuasa meminta izin dan memberi salam terlebih dahulu sebelum melakukan serbuan.

Haih, should I comment on this? Memang taklah. Siap nak rempuh masuk macam penyamun.



3. Memastikan semua pegawai yang dihantar untuk melakukan operasi tersebut merupakan individu yang terlatih dan mempunyai ilmu pengetahuan terhadap tugasan yang dilakukan.

Yang ini lagi fail. Hanya ada seorang saja pegawai agama yang kami boleh percaya dalam serbuan itu. Yang lain semua entah siapa-siapa. Seronok nak join tengok wayang free agaknya. Suami siap perli salah seorang lelaki yang menyertai serbuan itu yang berkepul-kepul keluar asap rokok dari mulutnya. Macam mana nak jadi saksi kalau begitu gayanya?

4. Hendaklah serbuan tersebut dilakukan setelah ada tanda-tanda yang jelas akan berlakunya maksiat yang mana sekiranya kita tidak melakukan serbuan tersebut akan berlakulah maksiat.

Saya rasa amat wajar prosedur tangkapan khalwat dikaji semula supaya perlaksanaannya betul menepati matlamat asalnya mencegah maksiat daripada berlaku. Dah namanya pun mencegah, jika di hotel boleh dikuatkuasakan peraturan supaya pihak hotel mengesahkan status mereka yang datang menginap SEBELUM mereka masuk ke bilik. Takkan nak tunggu si pelaku berkemban dengan tuala atau hanya pakai boxer baru pencegah maksiat mahu datang?



Pernah terfikir apa kesan psikologi pada mereka yang menerima nasib seperti kami? Malu sangat dan memang bengang! Pagi itu apabila kami keluar sarapan, pekerja resort semua duk jeling-jeling sambil bisik-bisik. Adoi! Memang psycho habis. Ikutkan hati nak saja saman mereka yang terlibat. Saman malu. Hah, boleh ke?

Oh lupa nak cerita. Kali kedua kami diserbu semasa menginap di hotel bajet di malam merdeka. Bezanya kali ni kami dah tak kalut, rilek saja. Suami buka pintu dan tunjuk tiga anak tidur bersusun berhimpit atas katil. Ha, celah mana nak buat maksiatnya tak tahulah. Pegawai tu minta maaf dan berlalu pergi ketuk bilik sebelah pula.


Artikel diambil dari https://says.com/my/seismik/tangkap-khalwat

No comments:

Powered by Blogger.