Wanita Cantik Kreatif Ini Konngsikan Cara Guna Barang Daiso Dan Mr DIY Buat Spice Organizer, Murah Dan Semestinya Jimat Ruang!
Ruang rumah yang kecil kadangkala menghadkan idea individu untuk menyusun atur perkakas. Pelbagai idea dekorasi dicari semata-mata mahu menjimatkan ruang supaya kelihatan lebih luas dan kemas.
Seperti yang dikongsi wanita ini, dia hanya menggunakan barangan daripada Daiso dan Mr DIY untuk menghasil spice organizer dapur rumah. Anda tengoklah sendiri hasilnya, dahlah murah cantik pula tu!
Total RM 80.70 sahaja
Hari tu i promise nak share dengan uolls my spice organizer kan, here u go. Total RM80.70 and u get your spice organizer yang sedap mata memandang lagi memudahkan kerja-kerja memasak.
Semua item i beli kat Mr.DIY and daiso jer, tak semua barang murah itu tak cantik yee kawan-kawan.
Rumah sewa i kitchen dia kecik je kalau dok 2,3 orang kat situ memang akan berlaga punggung laa, so to save space this is the best way. Berangan memang nak buat kitchen cabinet tapi rumah sewa kan so tak payah la. Better simpan duit tu buat kat rumah sendiri nanti.
Dapur i dinding mozek nak tebuk sayang kan so im using wall hook for my spice organizer. In shaa allah lekat kuat sebab wall hook dari daiso ni jenis hot melt adhesive, cara nak guna i akan share kat bawah ni.
Rak and spice jar i beli kat Mr.DIY je, harga i dah mention kat pic bawah k. Mana yang duduk rumah sewa and ada kitchen comel mcm i boleh cuba cara ni. Semoga bermanfaat.
Guna barangan Daiso dan Mr DIY
Ni orang kuat i, segala mak nenek dia boleh buat! Nak bagi u ketawa time u tengah nangis pon boleyyy. Tq husband layan kerenah wife u.
Untuk kelihatan lebih teratur, wanita ini melabelkan setiap perkakas yang disimpan menggunakan sticker. Sticker pula boleh didapati di Shopee.
Sumber : Fara Amirullah
Artikel diambil dari https://ohbulan.com/diy-rak-dapur-guna-barang-daiso-mr-diy/
No comments: