Header Ads

Mengadu kat teman lelaki kena senggugut, dengan sepantas kilat si dia bergegas hantar ubat ke rumah



Beberapa hari yang lalu, tular di Twitter apabila seorang wanita telah memuat naik satu foto makanan dan ubat untuk melegakan senggugut yang diberikan oleh teman lelakinya sebaik sahaja mengetahui dia sedang mengalami senggugut.



Untungnya dapat laki macam tu…
Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warga Twitter khususnya wanita. Rata-rata ramai yang memuji tentang sikap teman lelakinya yang begitu mengambil berat tentang kesihatan buah hatinya itu.



Jangan beli sendiri lepas tu post kat socmed sudah la ye…
Namun begitu, terdapat juga sesetengah pengguna laman itu yang merasakan wanita tersebut tidak seharusnya menunjuk-nunjuk tentang kebaikan teman lelakinya di media sosial.



Kat mana nak beli benda tu?
Berikutan tularnya perkongsian tersebut itu, laman Twitter wanita itu telah dihujani dengan pelbagai jenis pertanyaan berkenaan dengan ubat dan rawatan untuk masalah senggugut.



Sumber : Twitter Sapphire


Artikel dari https://www.ohmymedia.cc/mengadu-kat-bf-kena-senggugut-teman-lelaki-bergegas-hantar-ubat-ke-rumah/

No comments:

Powered by Blogger.