‘Kalau Betul Kenapa Padam Status Tu?’ – Wany Hasrita Respon Tuduhan ‘Rasuah’ Menang Di ABPBH
Ahad lalu, Wany Hasrita dinobatkan sebagai penerima anugerah berprestij Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH18). Kemenangannya langsung tidak dijangkakan namun semuanya boleh berlaku dengan kuasa undian peminat.
Tidak lama selepas diumumkan nama penyanyi Menahan Rindu itu, selebriti kontroversi, Fathia Latiff memuatnaik pos yang seakan-akan tidak berpuas hati dengan kemenangan Wany. Sudah kenapa Fathia?
‘Dia kena tetap pendirian’
Wany yang ditemubual Harian Metro mempersoal kembali tindakan pelakon itu memuatnaik status berkenaan namun memadamkannya tidak lama kemudian. Tambahnya lagi, Fathia sepatutnya tetap pendirian mengenai hal berkenaan.
Kalau itu pendapatnya, kenapa buang status berkenaan? Sepatutnya dia kena tetapkan pendirian.
Wany turut berkata, dia enggan memberikan komen lebih lanjut dari segi sesama artis namun memahami setiap orang sudah pastinya ada pandangan sendiri berkenaan sesuatu isu. Dia juga mengakui tidak sedikit pun kecewa dengan pertikaian Fathia itu.
Saya tidak mahu bercakap daripada artis kepada artis, tetapi lebih kepada pandangan individu kepada individu. Saya faham semua orang ada pendapat sendiri.
Mungkin dia merasakan itu betul, jadi kita kena hormati pendiriannya. Saya sedikit pun tidak kecewa kerana saya tidak rapat dengannya.
Berbalik soal rezeki
Walaupun ramai pihak dan peminat lain yang seperti tidak boleh menerima kemenangannya pada malam berkenaan, Wany mengakui dia pun akan turut tertanya-tanya jika berada di tempat mereka. Namun, baginya, semua berbalik soal rezeki.
Kalau saya menjadi mereka pun, saya akan tertanya-tanya kenapa boleh menang. Tetapi apabila berbalik kepada soal rezeki, ia memang tidak boleh dijangka.
Saya juga terkejut keputusan malam itu dan begitu juga dengan peminat saya. Mereka memang fokus kepada kategori Penyanyi Wanita Popular. Jadi, mereka memang ‘pulun’ untuk kategori ini.
Sumber: Harian Metro
Artikel telah diambil dari https://ohbulan.com/kenapa-padam-status-tu-wany-hasrita-respon-tuduhan-rasuah-menang-di-abpbh/
No comments: