Header Ads

Inilah Cara Yang Betul Dan Senang Mengambil Wudhuk Dan Mandi Anggota Badan Anda Yang Tercedera...



Saya hendak bertanya, baru-baru ni saya telah melalui pembedahan dan saya tak mampu untuk mandi lagi. Hanya boleh sekadar lap-lap badan sahaja. Jadi bagaimana caranya saya hendak mandi wajib dan berwuduk dengan sempurna ya ustaz?

Jawapan :

Seseorang yang mengalami keceder4an atau p4tah mana-mana anggotanya di bahagian anggota wuduk dan ia pula ingin mengambil wuduk atau mandi wajib, maka wajiblah atasnya membasuh semua anggotanya, walaupun terpaksa memanaskan air yang sejuk.

Jika ditakuti berlaku kemudaratan pada bahagian anggota yang dibasuh tadi seperti bertambahnya penyakit atau lambat sembuh, maka kewajipan membasuhnya bertukar menjadi wajib menyapu anggota yang sakit dengan air.

Jika perbuatan menyapu air itu pun menjadi kemud4ratan, wajiblah ke atasnya membalut bahagian yang lvka atau bahagian yang p4tah dengan tidak melampaui tempat yang luka atau p4tah itu kecuali kerana kepentingan ikatan, kemudian disapunya ke atasnya sekali sapu yang diratakan di semua bahagian yang ced3ra atau p4tah atau bekas pemb3dahan.



Pembalut itu tidak disyaratkan mesti didahului oleh bersuci dan tidak diikat dengan sesuatu masa, malah orang berkenaan boleh menyapu ke atas tempat yang lvka atau p4tah tadi secara terus menerus ketika mengambil wuduk dan mandi junub, selagi mana keuzuran itu masih ada.

Bagi mazhab Shafie dan Hambali, mereka yang terbabit dikehendaki mengulangi kembali solatnya selepas sembuh. Penyapuan atas pembalut luka ini akan batal selepas pembalut dicabut dari tempatnya atau tertanggal sendiri dari tempatnya kerana penyakit atau bahagian yang patah sudah sembuh atau tempat yang lvka atau p4tah tadi sembuh, walaupun pembalutnya tidak tanggal.

Sebuah hadis daripada Jabir, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Seorang lelaki sudah ditimpa batu di kepalanya, lalu melukakan kepala lelaki berkenaan, kemudian selepas itu beliau bermimpi (berjunub), lalu beliau bertanya kepada sahabat: Adakah anda semua berpendapat saya berhak memperoleh rukhsah (kelonggaran) untuk bertayamum?



Mereka menjawab: Kami berpendapat kamu tidak berhak mendapat rukhsah (kelonggaran) kerana kamu mampu menggunakan air. Lalu lelaki berkenaan mandi junub dan meningg4l dunia selepas itu. Apabila kami menemui Rasulullah SAW, dan baginda diberitahu mengenai perkara itu lalu baginda bersabda yang bermaksud:

Mereka sudah membunvhnya. Kenapa mereka tidak bertanya ketika mereka tidak mengetahui. Sesungguhnya penyembuhan daripada penyakit buta huruf ialah bertanya. Sebenarnya cukuplah kepada lelaki berkenaan bertayamum atau membalut lukanya, kemudian disapu di atasnya dan dibasuh seluruh bahagian badan yang lain. (Hadis Riwayat Ibn Majah).

Bagi mereka yang mengalami kemudaratan atau pat4h tangan, baru melakukan pembedah4n hukum sapu atas pembalut lvka adalah wajib ketika mengambil wuduk dan ketika mandi junub, sebagai ganti membasuh bahagian anggota yang sakit. Bagaimanapun bagi mereka yang tidak mengalaminya, maka perkara itu tidak sah dilakukan. Wallahualam

Video:



Artikel telah diambil dari http://mamakusyg.com/video-cara-mengambil-wudhuk-dan-mandi-anggota-badan-ada-yang-terced3r4/

No comments:

Powered by Blogger.