Header Ads

Tahniah! 10 Gambar Sama Cantik Sama Padan Majlis Pernikahan Penyanyi Tasha Manshahar Dan Suaminya Raqib



Selepas mengikat tali pertunangan Disember tahun lalu, akhirnya penyanyi Tasha Manshahar selamat menamatkan zaman solo dengan penyanyi, Fahrur Raqib Abdul Majid di Masjid Jamek Kajang pagi tadi.

Menurut laporan mStar Online, penyanyi lagu Masih Perlu itu bergelar isteri dengan sekali lafaz apabila dinikahkan oleh bapanya iaitu Mohd Manshahar Abdul Jalil.



Tasha atau nama penuhnya Nadia Natasha Mohd Manshahar menerima mas kahwin RM300, sebentuk cincin, seutas gelang serta lima dulang hantaran. Suaminya yang juga penyampai radio Zayan pula menerima sebanyak tujuh dulang hantaran.

Walau bagaimanapun, mereka tidak merancang untuk berbulan madu kerana perkara tersebut seolah-olah bukan sesuatu kewajiban bagi setiap pasangan pengantin.

 “Bagi saya dan Raqib, berbulan madu itu bukanlah kewajiban yang perlu dilakukan. Memang tidak perancangan pun nak pergi mana-mana.



“Asalkan kami dapat meluangkan masa kualiti bersama itu pun sudah dikira seperti berbulan madu. Kalau pergi jalan jauh-jauh pun tapi tak ada masa bersama itu bukanlah ‘honeymoon’” kata Tasha.
Tampil mengenakan busana sedondon serba putih, majlis yang diadakan serba ringkas dan tertutup itu dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat.

Majlis resepsi pihak perempuan bakal berlangsung di Shah Alam padaa Ahad ini, manakala sebelah pihak lelaki pula akan diadakan pada 22 September di Melaka.

Tahniah Tasha!








Sumber : mStar Online , hamizahhhh

Sumber artikel : https://www.ohmymedia.cc/tahniah-tasha-manshahar-sah-jadi-isteri-raqib-tak-mahu-berbulan-madu/

No comments:

Powered by Blogger.