Header Ads

Sungguh Menyampah! Tak habis-habis paksa orang beli rumah, cikgu ini sekolahkan geng-geng hartanah di Facebook



Ada yang jenis melabur ke dalam bidang hartanah, ada juga yang sekadar menyimpan sahaja.

Oleh itu memang tidak wajar apabila beberapa individu meletakkan ideologi mereka terhadap orang lain. Seorang pengguna Facebook yang bernama Mohd Fadli Salleh meluahkan rasa kesal terhadap individu-individu yang mempunyai fikiran sebegitu rupa.

Sering diperlekehkan oleh ‘golongan hartanah’
Menurut Fadli, beliau sering diperlekehkan oleh golongan ‘hartanah’ yang seringkali memaksa dirinya untuk melaburkan duit membeli rumah.



Itulah kata-kata yang sering didengari oleh Fadli. Namun Fadli tidak berapa setuju dengan kenyataan itu. Menurutnya, tak semua aset rumah itu akan membantu pembeli, malah sudah banyak kes di mana rumah menjadi satu bebanan buat sesebuah keluarga.

Fadli lebih selesa membayar harga kereta yang lebih mahal demi keselesaan keluarganya sendiri. Malah dia juga tidak pernah melarang keluarganya dari menggunakan pendingin hawa demi menjimatkan bil yang perlu dibayar.




Pilih jalan yang berbeza dari orang lain
Fadli juga memberitahu bahawa dirinya lebih selesa dengan keadaan rumah yang sedia ada. Sekurang-kurangnya sudah menjadi milik sepenuhnya dan tidak perlu membayar sewa katanya. Fadli juga menyatakan bahawa ini merupakan jalan yang telah dipilih oleh dirinya, bukan orang lain.

Namun bukanlah Fadli tidak menginginkan aset yang berjuta-juta. Dirinya juga mempunyai keinginan sebegitu. Namun dia memilih kebebasan berbanding disiplin sepertimana yang telah dipilih oleh ‘golongan hartanah’ tersebut.




Tak perlu perlekehkan orang lain
Fadli juga turut berpesan agar golongan-golongan hartanah ini tidak memperlekehkan orang lain. Lain orang lain cara mereka dalam menikmati hidup sendiri.



Usah persoalkan bahagia orang lain
Netizen juga turut terkesan dan memahami apa yang disampaikan oleh Fadli. Kemungkinan besar kerana diri mereka juga seringkali terkena dengan golongan sebegini.




Apa pun kepada golongan yang sering memerli orang lain sudah-sudah lah tu. Itu hidup mereka, biarlah mereka hidup dengan cara sendiri. Kalau betul nak nasihat, berilah nasihat dengan penuh hikmah dan sopan santun, bukan mengecam.

Sumber : Mohd Fadli Salleh

Sumber artikel : https://www.ohmymedia.cc/tak-habis2-paksa-orang-beli-rumah-cikgu-ini-sekolahkan-geng-geng-hartanah-di-facebook/

No comments:

Powered by Blogger.