Header Ads

Setelah Sekian Lama Rancang Niat nak surprisekan Kekasih Hati, tapi lagi 3 jam untuk buat kejutan, baru tahu yang kekasinya itu sebenarnya kekasih orang lain.. Ini barulah surprise yang tidak dirancang



Asal setiap kali putus cinta, kebanyakkan orang akan menunding jari dan menyalahkan pihak lelaki. Namun hakikatnya, bukan kesemua hubungan itu putus disebabkan oleh lelaki.

Hasrat seorang lelaki yang mahu menganjurkan sebuah majlis kejutan sempena hari jadi teman wanitanya tidak kesampaian setelah teman wanitanya itu berlaku curang pada dirinya.

Lelaki malang itu yang merupakan seorang pelajar di Politeknik Banting dikatakan telah menempah pakej kejutan yang bertemakan indoor dan outdoor dari seorang peniaga di Instagram.


Kisah malang lelaki itu telah dikongsikan oleh peniaga tersebut sebelum ianya menjadi tular di laman Twitter.

Menurut peniaga tersebut, dia telah dihubungi oleh lelaki tersebut pada petang hari yang dirancang untuk membatalkan atau menundakan rancangannya itu ke minggu hadapan.

Lebih mengharukan lagi apabila segala persiapan seperti kek dan belon sudah pun tersedia untuk majlis kejutan tersebut.


Meskipun sudah membuat bayaran penuh, lelaki malang tersebut tidak kisah sekiranya duitnya itu lebur dan redha dengan apa yang berlaku.

Musykil dengan situasi pelanggannya itu, peniaga tersebut kemudiannya telah menghubungi lelaki tersebut bagi mendapatkan penjelasan.



Menurut lelaki itu, beliau terpaksa membatalkan rancangannya itu pada saat-saat terakhir kerana teman wanitanya itu tiba-tiba membuat keputusan untuk tidak mahu keluar sedangkan ianya sudah pun dirancang dan dipersetujui lebih awal.

Setelah beberapa hari kemudian, peniaga itu telah dihubungi oleh lelaki malang itu untuk membatalkan tempahannya itu.



Terkejut dengan pengesahan sebegitu, peniaga itu cuba lagi untuk ‘mengorek’ cerita sebenar yang berlaku di antara lelaki itu dengan teman wanitanya.

Menurut lelaki malang itu, teman wanitanya itu sebenarnya bermain kayu tiga di belakangnya dan dia menerima perkara ini dengan hati yang terbuka.



Tragedi yang menimpa lelaki malang itu telah mendapat perhatian netizen yang turut berasa simpati dengan nasibnya itu. Lebih-lebih lagi apabila belanja sudah pun dikeluarkan untuk meraikan kekasih yang kini sudah pun menjadi milik orang lain.





Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Semoga lelaki malang ini ditemukan jodoh dengan wanita yang jauh lebih baik berbanding dengan teman wanitanya itu.

Sumber : Lobak Merah

Sumber artikel :  https://www.ohmymedia.cc/niat-nak-surprisekan-gf-tapi-lagi-3-jam-baru-tahu-yang-gf-nya-itu-sebenarnya-gf-orang/

No comments:

Powered by Blogger.