Header Ads

"Semua Orang Melayu Memang Jenis Suka Jatuhkan Bangsa Sendiri" - Ismail Izzani



Dihimpit kontroversi dengan pelakon, Zarina Anjoulie di kelab malam, Ismail Izzani menganggap apa yang terjadi kerana bangsa Melayu yang suka mencari kesalahan bangsa sendiri untuk melihat Melayu jatuh.




Selain dikatakan mabuk di kelab malam, Zarina juga mendakwa Ismail masih belum membayar duit hotel untuk bermadu asmara dengan teman wanitanya. Mungkinkah sindiran Ismail ditujukan buat Zarina?

Pun begitu dakwaan Ismail menyalahkan Melayu diatas kesilapannya mengundang kemarahan orang ramai. Ramai berpendapat Ismail hanya berpura-pura menjadi mangsa sedangkan dirinya sendiri bersalah dalam hal ini.



Ada juga mempersoalkan tindakannya yang masih berumur belasan tahun tetapi sudah masuk kelab malam dan bergaul dengan selebriti kontroversi seperti Zarina dan Fathia Latiff hingga memakan diri sendiri.

Bak kata Ismail sebelum ini, beliau masih menunggu waktu yang sesuai untuk menceritakan hal sebenar yang terjadi pada malam itu. Sama-samalah nantikan apakah cerita disebalik kontroversi ini. (rtky/w)

Artikel diambil dari : https://www.rotikaya.com/semua-melayu-memang-nak-jatuhkan-bangsa-sendiri/

Artikel berkaitan lain

“Jangan Kecam Mak Saya, Dia Didik Saya Bagus”



Masih lagi terpalit dengan kontroversi yang ternyata memberi impak kepada perjalanan seni Ismail Izzani yang didakwa masih belum menjelaskan bayaran penginapan hotel kepada pelakon Zarina Anjoulie.

Melalui sesi temubual bersama Melodi baru-baru ini, Ismail menjelaskan bahawa dia tidak kisah sekiranya dia dikecam dan dibenci warga laman sosial namun memohon agar mereka berhenti menghina ibunya sehingga ada yang menyifatkan wanita tersebut tidak pandai mendidik anak.


“Saya just harap korang semua bersabarlah dengan statement apa yang saya akan keluarkan nanti. Isu ini adalah isu yang sangat-sangat besar. Ia telah melibatkan saya punya maruah, saya takkan berduduk diam. Bukan berduduk diam sekarang bermakna saya telah kalah dan saya bersalah”

“Kalau korang tak nak support saya takpe, nak kecam saya pun takpe tapi janganlah kecam family saya which is my mom. Jangan cakap dia tak pandai jaga saya. Saya dididik sangat-sangat bagus dan dia sangat-sangat menyayangi saya. So this is my fault and i will learn from my mistake, Insya-Allah,” luahnya.



Sementara itu dia juga sempat berseloroh mengenai bab bayaran penginapan bilik hotel yang berharga lebih RM300 itu dengan ayat – RM300 tu kita boleh bank in, transfer je – selain menyatakan bahawa perkara berkenaan adalah gurauan semata-mata.

Artikel dipetik dari : https://www.rotikaya.com/jangan-kecam-mak-saya-dia-didik-saya-bagus/

No comments:

Powered by Blogger.