Header Ads

"Maafkan saya walaupun saya orang Kelantan, tapi saya berharap sangat pengunjung luar jangan sesekali datang kedai ni,.." - Rakyat Kelantan



Menurut pengadu, kedai tersebut telah mempamerkan harga RM15 untuk semangguk maggi ketam di dalam menu mereka namun mengenakan harga RM50 ketika pembayaran.



Pengadu yang berasal dari Jitra itu telah memesan dua mangkuk maggi ketam dan beberapa gelas minuman. Pengadu yang singgah di kedai yang terletak di Pantai Cahaya Bulan itu telah dikenakan caj sebanyak RM101 untuk 29 gelas minuman, RM203 untuk masakan panas termasuk dengan dua mangguk maggi ketam dan RM109 untuk hidangan celup tepung.

Selain daripada maggi ketam,  harga minuman yang dikenakan turut berbeza daripada apa yang tertera di dalam menu. Apabila ditanya pihak kedai, pengadu diberitahu harga yang dipaparkan di dalam menu merupakan harga lama dan belum dikemaskini.



Bengang dengan harga yang mencekik darah itu, pihak pengadu kemudiannya telah memuat naik sebuah status meluahkan ketidakpuasan hati berkenaan dengan kejadian berkenaan.




Status yang jadi tular itu telah sampai ke pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang kemudiannya telah menjalankan pemeriksaan mereka ke atas kedai tersebut.

Hasil pemeriksaan pihak KPDNHEP mendapati peniaga itu cuba mengelirukan dengan mempamerkan tanda harga yang berlainan berbanding harga yang dikenakan kepada pelanggan.

Selain itu, peniaga tersebut memberi alasan bahawa harga ketam dijual mengikut pasaran semasa dan memberitahu mereka tidak sempat untuk menukar harga yang tertera dalam menu.

Berdasarkan kepada komen-komen yang ditinggalkan netizen di media sosial, ramai juga yang pernah menjadi mangsa harga maggi ketam ‘cekik darah’ itu ketika makan di kedai yang sama:ma





Sumber : SAYS


Artikel telah diambil dari blog ohmymedia.cc : https://www.ohmymedia.cc/maaf-saya-orang-kelantan-memang-kedai-ni-banyak-cekik-darah-terutama-orang-luar/

No comments:

Powered by Blogger.