Header Ads

Iman diuji hanyalah kerana duit, kisah penghijrahan Tasha Manshahar ini penuh keinsafan, jadikan ianya sebagai iktibar buat kita semua...



Penyanyi yang mencipta nama menerusi YouTube, Tasha Manshahar memang membuatkan ramai tergamam dengan perubahan yang dilakukan apabila mengambil keputusan untuk berhenti menyanyi.

Baru-baru ini, kisah penghijrahaan penyanyi berusia 26 tahun itu dikongsi oleh seorang pengguna Twitter dengan diulang kicau sebanyak 8,760 kali dan 7,321 tanda suka.



Kongsi hijrah
Dugaan ‘iman turun naik’  perkara yang dialami Tasha apabila bergelar seorang penyanyi yang setanding Najwa Latiff. Namun secara perlahan-lahan dia cuba untuk menjadi wanita muslimah seperti sekarang ini.

Menurut individu tersebut, dunia hiburan dengan pergaulan tidak terbatas tidak mempengaruhi Tasha, sebaliknya dia sentiasa memastikan air wuduk diambil sebelum mengenakan solekan.



Dah lama menyanyi, mula rasa apa yang dia buat tak betul



Perasaan mula merasakan suara wanita tidak patut dilontarkan kepada umum, Tasha mula mengurangkan karier seni dan menghabiskan sisa kontrak dengan syarikat rakaman. Lagu ‘Bukan Aku’ seolah-olah kena dengan niat untuk tinggalkan dunia nyanyian!



Hijrah kedua bermula
Mengetahui bakal menerima kehadiran Tasha sebagai tenaga pengajar, ramai cikgu teruja menanyakan kebenaran itu namun ia bersyukur apabila dapat diterima baik oleh semua orang. Maka bermulalah penghijrahan kedua.

Tudung mulai labuh, kurangkan solekan tebal dilakukan Tasha malah selalu hadir ke kelas al-Quran merupakan aktiviti yang membuatkan dirinya bertemu Raqib Majid.


Allah bagi apa yang didoakannya



Bersangka baik dengan Allah




Sumber : Nurul


Sumber artikel : https://www.ohmymedia.cc/iman-diuji-kerana-duit-kisah-penghijrahan-tasha-manshahar-penuh-keinsafan/

No comments:

Powered by Blogger.