Header Ads

“Buta Ke? Kesian Busuk Hati ”, Eina Azman Bengang Pengikut Samakan Suaminya Dengan Ebby Yus Dan Dia Sebagai Gold Digger


Perkahwinan pelakon Datin Paduka Eina Azman dengan Dato Paduka Kaiser Gurmit Singh dikurniakan dengan pasangan kembar lain jantina, Karl Kareef dan Arianna Aubrey. Pasangan itu baru-baru ini menyambut ulang tahun keempat perkahwinan di Santorini, Itali dalam satu percutian.



Gambar-gambar dari percutian itu telah dimuat naik ke Instagram oleh Eina. Salah satu dari gambar yang dimuat naik ialah gambar selfie solonya. Namun begitu, seorang pengguna Instagram menegur Eina, ‘mana Ebby Yus’ dan memberikan komen seolah-olah Eina seorang mana duitan.



Namun begitu, komen itu dibidas oleh Eina yang menganggap pengguna Instagram itu busuk hati.



Penulis agak hairan juga mengapa pengguna Instagram itu membuat komen sebegitu. Mereka sudah bertahun berkahwin dan ada anak kembar.







Lain orang lain citarasa, malah Eina juga pernah menyatakan bahawa suaminya kacak di matanya. Doakan yang baik-baik saja sudah, ya tak? – beautifulnara.com

Sumber: Dylawok

No comments:

Powered by Blogger.