Header Ads

Apabila Jutawan Kosmetik Safiey Ilias Menyatakan Hajat Untuk Menjadi Artis Nyanyian Seperti Sajat Dan Aliff Syukri.Lontaran Suaranya Sungguh Padu Beb!



Siapa tidak kenal dengan usahawan kosmetik kontroveri ini, sebut sahaja nama Safiey Ilias pasti semua akan terbayang kisah-kisah kontroversi yang pernah dicetuskannya. Malah jika anda masih ingat, beliau yang merupakan seorang maknyah pernah mengumumkan sudah insaf dan kembali kepada fitrah, menjadi lelaki sejati.

Safiey Ilias yang sekarang mengelar diri dia sebagai “Syinta Gila” mempunyai syarikat kecantikan dan boleh dikatakan antara usahawan berjaya di dalam Malaysia. Netizen yang mengecam dia memang ramai dan pelbagai kontroversi yang dibuat oleh Safiey Ilias. Adakah ini salah satu teknik marketing?

Ingin Menjadi Penyanyi Seperti Dato Aliff Syukri Dan Sajat?



Baru baru ini Datuk Aliff Syukri dan Sajat melancarkan satu video klip yang berganding bahu dengan Lucinta Luna menyanyikan lagu Bobo Di Mana. Lagu tersebut menjadi tular tetapi bukan kerana lagu itu sedap didengar tetapi penuh dengan kontroversi.

Selepas lagu itu menjadi tular, kelihatan Safiey Ilias juga ingin mencuba menjadi penyanyi. Dari instagram Safiey Ilias nampak dia memuat naik status pergi ke kelas vokal.

Tetapi video video nyanyian dia seperti kelas itu tidak berjaya.

Mari lihat kejap dia nyanyi .. Ok ke Bobo Di Mana?


Lagu Ziana Zain .. Tengok Dia Punya Tarikk ..



Baru baru ini Safiey Ilias memuat naik satu posting di instagram rasmi beliau menyatakan sebab kenapa dia menyanyi seperti tidak pergi kelas vokal. Anda nilaikan sendiri.


Seperti biasa ada pendapat yang memuji Safiey Ilias dan ada netizen yang betul betul menghentam Safiey Ilias kerana cuba menyanyi. Dia juga baru sahaja membuat satu akaun Tik Tok dan selalu memuat naik video Tik Tok.

Walau apa pun, kita seharusnya mendoakan dia supaya berubah atau mendapat Hidayah. Tidak perlu kita terus menghentam dia atau orang orang seperti dia. Lagi diberi perhatian lagi suka mereka. Semoga dipermudahkan dan sempat bertaubat sebelum ditarik semua.

Sumber artikel : https://penjejak.pw/2018/safiey-ilias-juga-berhajat-untuk-menjadi-artis-nyanyian-seperti-sajat-dan-aliff-syukri/

No comments:

Powered by Blogger.