Header Ads

(10 Gambar) Azhar Sulaiman tak kisah langsung anaknya ditegur netizen sebab berpakaian mencolok mata


Pernah bergelar hero Malaya setaraf Fattah Amin suatu ketika dahulu, pelakon yang cukup dikenali menerusi filem Trauma itu kini sudah berusia 47 tahun.

Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, Chempaka Emalin Pahamin, beliau memiliki tiga orang cahaya mata, Kasih Leia Ixora, 20, dan kembar Andika Rees Pahamin serta Kasih Iris Leona, 16.




Memiliki sepasang anak gadis yang jelita, sudah pasti mereka ini sering mendapat perhatian orang ramai baik di tempat umum atau pun di dalam media sosial.

Azhar Sulaiman mengakui seperti bapa-bapa yang lain, beliau sering menerima komen tentang isu anaknya tidak bertudung dan cara pemakaian mereka yang se ksi kadang-kala.

Namun, beliau mengambil langkah untuk menerima segala teguran itu dengan hati yang terbuka yang dianggapkannya sebagai peringatan dalam memperbaiki diri ke arah yang lebih baik..




“Dua anak perempuan saya memang aktif di media sosial selain sentiasa mengikuti perkembangan trend semasa.

“Saya sedar anak-anak menjadi perhatian mungkin kerana mereka tidak bertudung atau cara berpakaian dan sebagai bapa saya ambil setiap tanggungjawab itu.

“Sekiranya ada orang yang mengkritik mereka atau menegur saya. Saya akan terima dan tak payah melenting kerana bagi saya yang menegur ini saya anggap seperti keluarga.”




“Anak-anak perempuan saya memang aktif di media sosial dan sering mengikut trend semasa.

“Saya sedar setiap gerak-geri mereka sentiasa diperhatikan dan atas dasar itu saya sering beritahu mereka agar gunakan media sosial dengan baik.

“Kalau buat sesuatu atau berkata sesuatu yang menampakkan kebodohan diri sendiri, jadi mereka kena terima,”

No comments:

Powered by Blogger.