Tips Balik Kampung! Tinggalkan Dulu Bungkusan Air Dalam Pasu, Sebelum Balik Kampung. Ada Sebab Perlu Buat Begitu! Mesti Ramai Yang Tidak Tahu Petua Ini Bukan?
Bagi yang mempunyai hobi bercucuk tanam, tentu akan rasa bimbang tentang keadaan tanaman yang ditanam jika terpaksa tinggalkan rumah untuk jangka masa yang lama. Contohnya dimusim perayaan atau pergi bercuti ke luar negara.
Maklumlah rutin harian kalau bercucuk tanam ini, mestilah sering disiram dengan air tanaman tersebut. Hatta sehari terlupa siram, tanaman sudah terlihat layu dan apatah lagi jika berhari-hari. Pasti boleh mati pula dibuatnya.
Jadi tidak hairanlah, kebiasaanya mereka ini tidak mahu tinggalkan rumah berhari-hari. Bimbang dengan pokok-pokok yang ditanamnya itu.
Jadi bagaimana cara terbaik untuk atasi masalah ini?
Melalui perkongsian Lina Sahedin di Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri memang cukup kreatif dan boleh dibuat. Kosnya pun murah sahaja, sekadar plastik dan getah sahaja pun.
Jom semak perkongsiannya…
“Beginilah cara saya buat kalau nak tinggal rumah dalam beberapa hari. Kebetulan hari ini saya nak balik kampung. Cara yang mudah tanpa keluar modal yang banyak sebab saya banyak juga pasu depan ,belakang dan tepi rumah… Kebetulan hari raya pun semakin hampir ,semua sahabat boleh buat begini..”–Lina Sahedin
Langkah pertama :
Pastikan bungkusan air tidak diikat terlalu ketat.
Langkah ke dua :
Letakkan di dalam pasu dan kemudian cucukkan bungkusan tadi dengan jarum peniti .
Langkah ketiga :
Cucukkan juga garfu plastik di dalam pasu agar kedudukan bungkusan berisi air tadi terletak elok.
sumber artikel : https://www.keluarga.my/tinggalkan-dulu-bungkusan-air-dalam-pasu-sebelum-balik-kampung-ada-sebab-perlu-buat-begitu/
No comments: