Header Ads

Tak Sanggup Lihat Keadaan Terkini Penyanyi Azreen Manan Selepas Banyak Organnya Gagal Berfungsi... Betapa Deritanya Dia Menanggung Kanser



Penyanyi era 1990-an Azreen Manan yang menghidap kanser serviks tahap empat berada dalam keadaan kritikal di Institut Kanser Negara (IKN) selepas dimasukkan ke hospital itu pada Sabtu.

Suaminya yang mahu dikenali sebagai Shah, 41, berkata, keadaan kesihatan Azreen merosot sejak seminggu lalu sebelum dirujuk kembali ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Sejak seminggu lalu keadaan Azreen agak merosot tetapi semalam (Sabtu) ibu mertua memaklumkan keadaannya tidak stabil.

“Saya kebetulan berada di luar kawasan terus menghubungi IKN dan pulang ke Kuala Lumpur dan terus membawanya ke sini,” katanya. ketika ditemui mStar Online di hospital itu pada Ahad.


Azreen atau nama sebenar Azrina Abdul Manan, 41, dilaporkan menghidapi kanser tersebut sejak dua tahun lalu dan pernah menjalani pembedahan membuang ovari.

Bagaimanapun, penyakit tersebut kembali menyerang pada awal tahun lalu selepas dia mengadu sakit pada bahagian kaki.Dia menjalani pembedahan kedua pada Mac lalu.

Sementara itu tambah Shah, doktor memberitahu makanan yang dimakan Azreen tidak dapat diproses dan diserap berikutan beberapa organ dalaman sudah tidak berfungsi.

“Dia makan banyak kerana nak badan naik macam dahulu tapi tetap kurus kerana makanan itu sudah tidak diproses dan diserap.

“Doktor beritahu banyak organ gagal berfungsi,” ujarnya.Dalam pada itu, Shah berkata, dia bersedia dengan segala kemungkinan kehilangan isterinya itu.

Katanya, isterinya seorang yang kuat semangat dan sentiasa berjuang melawan penyakit.”Doktor sudah beri tempoh jangka hayatnya tapi dia tidak tahu dan sehingga sekarang dia masih berjuang untuk sembuh.

“Dia masih boleh bercakap, kenal orang dan ajak saya untuk pergi bercuti jika dia sembuh nanti,” ujarnya.



Untuk rekod, pada zaman popularnya Azreen pernah menggejutkan dunia hiburan apabila dia memilih untuk berkahwin dengan adinda Sultan Pahang iaitu Datuk Seri Tengku Kamaruzzaman Sultan Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Tengku Intan pada tahun 1993.

Ketika itu Azreen baru berusia 16 tahun.Album pertamanya dihasilkan pada tahun 1989 ketika berusia 12 tahun. Antara karya yang menaikkan namanya ialah menerusi lagu Semalam Yang Berlalu.

Azreen pernah mendapat tempat ketiga semasa mewakili Malaysia dalam pertandingan Asia Bagus pada tahun 1992 di Jepun yang mana dalam acara itu, Indonesia, diwakili Krisdayanti mendapat tempat pertama.

Antara filem lakonannya ialah Azizah The Lagend (1993).

Hasil perkahwinan Azreen dengan Tengku Intan, mereka mendapat sepasang anak yang kini berusia 24 tahun dan 21 tahun.Selepas berpisah dengan Tengku Intan, Azreen berkahwin lain.

Mstar

No comments:

Powered by Blogger.