Remaja cantik tidak kedekut ilmu ini kongsi petua rahsia jika ingin kulit ‘flawless’ dengan hanya guna produk drugstore dari Watson’s dan Guardian saja, lagi jimat dan selamat dari ambil produk yang kita tidak tahu asal usulnya...
Gambar ini tiada sebarang suntingan, kalau zoom boleh nampak jelas tahi lalat dengan kedutan-kedutan di bawah mata itu sebab tidak cukup tidur sepanjang bulan puasa.
Kalau nak cakap pasal jerawat, biasa kalau datang bulan, memang akan naik seketul dua, tetapi percayalah, sis cakap ini, tiada orang yang muka dia langsung tidak pernah tumbuh jerawat dan jangan gelakkan muka orang yang tengah breakout sebab kita tak tahu bila hari kita. Mana tahu Allah nak uji.
1. Pembersih muka
Untuk pencuci muka sis pilih Cetaphil, takpelah mahal sikit asalkan puas hati. Sebab sebelum ini pernah guna produk tempatan, okay juga tiada masalah, cuma kulit jadi berminyak, tak boleh tahan. Jadi bila jumpa cleanser ini, alhamdulillah sangat sebab memang berkesan. Banyak fungsi tahu? Mahju guna make-up remover boleh, nak jadi pelembab pun boleh.
Manakalah untuk kulit berminyak pula, kena cuci guna air suhu bilik, tidak boleh guna air suam tau, kulit muka korang akan jadi lebih cepat berminyak. Jadi sambil cuci itu urut-urut sikit muka, usap menghala ke atas, itu tips awet muda. Pernah jumpa sorang makcik ini, seorang cikgu dan berumur 50-an tetapi muka dia satu kedutan pun tiada.
Dia cakap memang dari muda dia amalkan cuci muka macam itu. Jangan sesekali lurut muka ke bawah kalau tidak mahu kulit berkedut. Lepas dah siap, jangan terus lap muka guna tuala atau apa-apa. Biarkan muka kering sendiri, duduklah di depan kipas kalau mahu kulit cepat kering.
Cuci muka penting untuk refresh muka dan hilangkan kotoran yang melekat pada wajah. Barulah kulit boleh bernafas. Kalau tidak bersih, liang roma akan tersumbat dan menghalang pertumbuhan sel-sel baru dan seterusnya mengundang kepada pembentukan pigmentasi. Jadi, poinnya, kalau cuci muka pun malas, balik kerja terus tidur, tidak berdisiplin macam sis suatu ketika dahulu, berangan sajalah nak kulit flawless.
2. Toner
Simple Soothing Facial Toner untuk kulit yang sensitif. Toner ini memang sesuai untuk semua jenis kulit. Best tau, wangi pun wangi. Lepas pakai, terus muka terasa segar.
Tips : Lepas cuci muka tadi, ambil kapas, tuang toner atas kapas, lepas tu usap pada muka. Jangan tinggal begitu saja, picit-picik muka guna jari supaya toner itu menyerap masuk betul-betul ke dalam kulit. Tunggu lebih kurang 2-3 minit kalau mahu letak apa-apa pada muka, letak lepas pakai toner.
Toner wajib ada untuk seimbangkan balik pH level kulit kita. Tonerlah yang menutup kembali liang-liang roma terbuka waktu kita cuci muka tadi.
3. Serum
Okay, tidak kisahlah serum apa yang korang guna, tetapi serum ini merupakan serum yang paling magic yang pernah sis cuba. Dia ada dua jenis, lagi satu itu fungsinya sebagai anti-kedut, tetapi sis pilih yang ini, Bio Essence Rose Gold untuk kulit yang bergemerlapan. Setiap hari guna sampai tak perasan sudah nak habis.
Tips : Pilih serum yang sesuai dengan masalah kulit kita. Pakai serum selepas pakai toner tadi. Kalau siang sis cuci muka+toner+serum dan kemudian baru mekap. Malam ulang langkah yang sama, cleanser+toner+serum pastu tidur.
Kena konsisten ye sayang-sayang. Buat hari-harim barulah dapat result yang positif. Serum ini kira macam pengganti krim siang dan malam sebab sis tidak boleh tak pakai krim, nanti berminyak teruk dan naik jerawat. Dulu pertama kali cuba ini sebab ada sorang kakak itu muka dia macam kulit telur walau pun tidak mekap langsung. Dia tidak guna paa-apa jenis skincare tau melainkan serum ini saja.
Cara nak apply, letak sikit pada tapak tangan, sapu dan ratakan ke seluruh wajah, buat urutan muka perlahan-lahan sampai serum meresap masuk ke dalam kulit.
Serum ini penting untuk merawat kulit muka kita yang semakin kurang kolagen seiring dengan peningkatan usia. Serum ini menjadikan kulit muka lebih halus dan lembut. Biasanya MUA akan apply serum sebelum mekap orang untuk dapat efek mekap yang lebih flawless. Untuk mekap tahan lama pula, korang boleh cuba sapu ais pada muka sebelum mekap.
4. Scrub
Sis pilih Fresh Skin, St Ives. Sebenarnya dia ada tiga jenis. Pilih ikut masalah kulit masing-masing. Yang green tea itu untuk bersihkan bintik hitam dan putih. Apricot Blemish Control itu untuk kulit berjerawat. Jadi kulit yang ada masalah selain daripada itu, boleh guna Apricot Fresh Skin ni. Setakat ni, alhamdulliah okay tiada masalah.
Tips : Scrub muka sekurang-kurangnya sekali seminggu. Sisi buat selang seli, minggu ini scrub, minggu depan guna masker pula. Kalau rajin dan ada masa buat lah 2x seminggu, tetapi janganlah kerap sangat sebab exfoliate skin memang bagus. Tetapi kalau berlebihan, kulit muka boleh meradang dan jadi nipis. Scrub muka lepas cuci muka guna cleanser, sebelum pakai toner.
Scrub digunakan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati, memudarkan parut dan melicinkan kulit. Orang yang sering bermekap sangat-sangat memerlukan scrub ini untuk mencegah pori-pori muka daripada tersumbat.
5. Masker
Sis hanya guna masker yang diperbuat dari bahan-bahan semulajadi saja seperti yogurt asli, tomato yang dibekukan dan madu.
Tips : Masker ini pakai seminggu sekali sudah okay. Kalau rajin setlah hari, contoh ambil hari Isnin dan Khamis, Isnin scrub, Khamis masker. Jadi setiap minggu, hari Khamis tu bolehlah tukar-tukar. Minggu ini yogurt, minggu depan madu pula. Yogurt tu terus apply gitu saja lepas cuci muka. Biarkan 15 mint dan bilas, mahu campur sikit yogurn dengan soda bikarbonat pun boleh.
Selalu berangan kalau ada suami di rumah, apa yang kita sapu pada muka kita, kita sapu sekali pada muka dia. Tomato itu pula sis tonyoh setiap malam pada muka sebelum tidur waktu datang bulan. Kalau hari biasa, mahu jadikan masker, sis campurkan sekali dengan madu dan biarkan 15 minit dan cuci.
Tapi kalau nak apply madu saja atas kulit pun boleh. Sis ada sepupu yang muka dia breakout, dia rawat guna madu je. Hari-hari dia sapu madu pada muka sampai sekarang dah gebu-gebas dah.
Kandungan dalam yogurt mampu mencerahkan kulit dan memudarkan parut. Madu itu pula ada 1001 khasiat,a ntaranya termasuklah menghilangkan jerawat dan menghaluskan kulit..keistimewaan tomato pula dapat mengatasi kulit berminyak, melembut dan menyerikan wajah. Masker ini pula umpama seperti rawatan untuk untuk kulit, sama juga macam rambut, kenapa kita kena buat rawatan? Sebab taknak rambut rosak. Jadi macam itu jugalah dengan kulit muka kita ye tuan puan.
6. Agnesia
Jangan terperanjat, korang tahu atau tidak yang bedak ini boleh hilangkan jerawat pasir? Jenis yang tumbuh banyak tapi kecil-kecil itu. Dulu waktu mula-mula pakai tudung, bila buka tudung ada jerawat kecil kat bahagian muka yang tertutup dengan tudung.
Mungkin kulit tidak dapat bernafas, gatal-gatal pulak tu sampailah satu hari gatal tak menahan sis terus letak bedak tu pada bahagian jerawat pasir dan terus tidur. Bila bangun pagi, tengok cermin terus kagum sebab sudah tak gatal lagi.
Lepas itu, buat sikit research dan rupanya memang betul pun bedak ini boleh menghilangkan jerawat pasir. Dalam hati cakap kalau tahu dari dulu lagi sis dah buat. Jadi mulai hari itu, setiap malam sebelum tidur memang akan letak bedak ini pada kawasan yang bersamalah. Alhamdulillah berkesan sampai sekarang dan tidak pernah lagi ada jerawat pasir pada muka.
7. Krim jerawat
Yang ini korang kena ada satu. Tidak kisahlah apa jenama sekali pun. Tetapi sis perefer Oxy Acne Pimple Mediciation. Yang ini guna dia kalau korang tumbuh jerawat batu yang besar-besar itu tak memasal. Sapu saja tebal-tebal kat atas jerawat, lepas tu terus tidur. Inshallah esok bangun pagi dah okay.
Tips : Kalau tumbuh jerawat jangan picit, ini cakap dari pengalaman. Memang akan merebak, kecuali jerawat itu sudah sampai tahap 3 di mana bila kita picit sikit saja, terus gunung berapi itu meletus dengan jayanya.
Itu korang boleh usik sebab dia takkan tinggalkan parut yang kronik. Tetapi kalau barunak tumbuh, gatal nak picit juga, proses baikpulih kulit akan menjadi lebih lama. Jerawat itu akan meninggalkan kesan hitam yang memakan minggu untuk hilang dan lebih terus boleh tinggalkan lubang pada muka kita. Serupa dengan bintik hitam pada hidung. Jadi, tolonglah jangan picit hari-hari, takut nanti terkopek-kopek kulit di situ.
8. Make-up remover
Ada dua jenis, satu warna pink dan satu lagi warna biru. Sis pilih warna biru, untuk kulit berminyak. Sis guna ini sebelum mencuci muka balik kerja, sebelum tidur. Kalau waktu pagi-pagi mahu cuci muka itu, tidak usahlah.
Cara dia senang je, ambil kapas, tuang sikit lepas itu usap pada muka, maka akan tertanggalkan segala kotoran, minyak dan mekap. Make-up remover ni wajib ada sebab mencuci muka sahaja memangidak cukup bersih. Kalau tak percaya, lepas cuci muka macam biasa, lepas itu ambil tisu basah dan lap skit, mesti ada lagi kesan-kesan minyak dan lain-lain.
9. Vaseline
Vaseline ini semua orang wajib ada. Sis guna ini setiap hari sebagai pelembap bibir dan setiap malam sebelum tidur sapu pada bulu mata atas dan bawah. Hasilnya sekarang bulu mata bawah dah ada dan tumbuh denggan lebatnya. Selain daripada itu, Vaseline ini serbaguna, termasuklah mencerahkan siku dan melembutkan kulit kasar pada tumit kaki.
Jadi tidak perlulah habis beribu-ribu ringgit untuk dapatkan kulit yang bersih. Jangan lupa minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter/jam untuk dapatkan kulit yang sihat dan cantik.
Sumber : Sara Damia via ohmymedia
No comments: