Pelajar UMS dinodai ketika datang haid, tapi pihak universiti mahu tutup kes mungkin sebab ingin jaga nama baik universiti?
Namun apa yang terjadi di universiti tempatan baru-baru ini sememangnya tidak dijangkakan apabila seorang pelajar hampir dir ogol oleh pengawai keselamatan. Perkara ini dikongsi oleh seorang warga Twitter bernama Anis.
Menurut Anis, mangsa tersebut merupakan adiknya sendiri yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Adik sendiri hampir hilang kehormatan diri
Menurut Anis, pegawai keselamatan yang dikatakan bertugas menjaga kolej perempuan mengambil kesempatan untuk melepaskan hawa nafsunya. Namun begitu ada pihak di dalam pengurusan UMS ingin menutup cerita ini demi menjaga nama baik universiti.
Trauma selepas kejadian
Allahu, sedihnya baca! Kejadian berkenaan menyebabkan mangsa trauma dan tidak boleh duduk di tempat yang gelap.
Nafsu mengalahkan binatang
Dah ada dua anak pun tak boleh kawal nafsu ke? Pergilah dekat isteri tu, kenapa nak buat benda yang tidak berperikemanusiaan macam ni? Kalau pegawai sendiri tak dapat nak jaga nafsu, siapa yang nak jaga kebajikan dan keselamatan pelajar lepas ni?
Nak tutup cerita?
Nampaknya mangsa merupakan adik kepada pegawai untuk Timbalan Naib Canselor HEPA UMS, dan cerita ini hendak ditutup segera demi menjaga baik nama universiti.
Betul ke terlepas? Jangan risau, tertuduh dah pun ditangkap dan dibawa ke mahkamah. Lihat dibawah:
Arshad Masdin, 26 tahun
Arshad Masdin didakwa menanggalkan baju mangsa secara paksa dan memukul mangsa sehingga lebam beserta cubaan mero gol secara kejam. Mangsa juga dikatakan sedang haid ketika kejadian kejam itu berlaku.
Arshad dibenarkan untuk diikat jamin dengan jumlah RM5,000. Dan cubaan untuk menutup kes ini secepat mungkin telah dibantah oleh orang ramai.
Kami akan lawan
Alumni UMS yang bernama Mukmin ini tegas bersuara bahawa mereka akan melawan tindakan universiti itu dalam cubaan menutup cerita tersebut.
Dan beberapa netizen lain kini sedang cuba untuk menghubungi Menteri Pendidikan dan Menteri Belia dan Sukan bagi menyampaikan isu ini. Kebanyakan mereka cuba untuk tag menteri-menteri tersebut di laman sosial mereka.
Apa pun semoga keadilan dapat dicapai buat keluarga mangsa. Dan diharapkan keluarga mangsa bersabar dalam dugaan yang ditimpa.
Sumber: Anis, Sabahkini2, Mukmin Nantang
sumber artikel : https://www.ohmymedia.cc/pelajar-dirogol-ketika-datang-haid-tapi-pihak-universiti-mahu-tutup-kes/
No comments: