Masih ingatkah anda dengan budak berumur 11 tahun yang berkahwin dengan peraih getah 41 tahun yang pernah menggemparkan negara tidak berapa lama dulu? Selepas mendapat kecaman dari netizen, budak perempuan itu kini terpaksa tinggal dalam ... sungguh kesian.. bertabahlah adik..
Isu perkahwinan seorang peraih getah 41 tahun dengan budak berumur 11 tahun menimbulkan kemarahan ramai pihak. Lelaki berkenaan, akhirnya dikenakan hukuman denda berjumlah RM1,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang.
Perkahwinan membabitkan gadis bawah umur itu turut memberi kesan kepada isteri ketiga berkenaan apabila dia menerima kecaman masyarakat setempat sehingga perlu berpindah ke dalam hutan.
Diejek, gambar tersebar di Whatsapp
Kerana menerima kecaman penduduk berhampiran, peraih getah berkenaan terpaksa menempatkan isteri baru dan keluarga mentuanya ke sebuah rumah di kebun getah kawasan pedalaman Gua Musang.
Selepas perkahwinan kami tular, isteri saya bukan sahaja diejek dengan pelbagai panggilan oleh penduduk kampung, malah ada yang sanggup mengambil gambarnya sebelum menyebarkan kepada individu lain melalui aplikasi WhatsApp.
Tidak tahan melihat mereka diperlakukan sedemikian rupa, saya memindahkan mereka ke kebun getah yang terletak di kawasan pedalaman.
Berulang-alik hantar makanan
Lelaki 41 tahun itu berharap, dengan tindakan berkenaan, kecaman daripada masyarakat dapat berhenti. Namun, dia terpaksa berulang-alik menghantar makanan kepada isteri dan mentuanya.
Tempat tinggal mereka kini agak jauh di dalam hutan dan hampir setiap hari saya terpaksa berulang-alik untuk menghantar bekalan makanan serta perbelanjaan harian kepadanya.
Biarkan terpaksa memandu berjam lamanya, pada saya kegembiraan dan keselamatan isteri dan keluarganya adalah yang utama buat masa ini.
Ditanya Harian Metro bagaimana perkembangan terbaru isterinya yang masih enggan ke sekolah pondok seperti disarankannya, lelaki tersebut mengatakan dia masih berdoa supaya si isteri dibukakan pintu hatinya.
Saya tidak akan putus asa dan akan terus berdoa supaya satu hari nanti dibukakan pintu hatinya untuk belajar di sekolah pondok memandangkan dia tidak berminat meneruskan pelajaran dalam bidang akademik.
Sumber: Harian Metro
No comments: