Header Ads

Marilah Cuba Sendiri! 5 Jenis Resepi Makanan Street Food Paling Popular Di Malaysia



Antara resipi viral yang disukai netizen dan seisi rumah. Menu street food ini paling mudah disediakan dan lazat ketika dinikmati bersama keluarga. Jom cuba 5 jenis resipi viral ni.

RESIPI DAGING BURGER JUICY



BAHAN-BAHAN:

500 gm daging cincang tanpa lemak
1 cawan serbuk roti|Roti putih biasa dibakar garing dan kemudian dikisar halus.
1/2 cawan susu sejat
3 biji telur
1 sudu besar lada sulah
1 sudu besar garam
1 sudu besar sos tiram
5 ulas bawang putih dikisar
1 ulas bawang besar dikisar
Daun parsley kering


CARA MEMASAK:

Campurkan semua bahan dan gaul rata. Jika terlalu berair boleh tambah serbuk roti. Jika terlalu kering boleh tambah susu. Agak boleh dibentuk tu cukup lah.
Lepas dibentuk boleh terus bekukan atau digoreng.


CARA GORENG DAGING BURGER:

Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper atau non stick. Susun daging dan balik kan selepas beberapa minit. Goreng selama 20 ke 30 minit.
Jika nak cepat masak, angkat kepingan daging burger yang digoreng seketika dalam 5 minit  setiap sebelahnya, dan kemudian susun atas tray dan bakar selama 10 ke 15 minit pada suhu 200C atau sehingga masak.


RESIPI SANDWICH TUNA



BAHAN-BAHAN:

1 tin tuna mayonis Ayam Brand
3 sudu besar mayonis
1 sudu besar perahan limau nipis atau lemon
2-3 sudu besar sos cili – ikut manis, ada sos terlalu manis, jadi kurangkan
1 biji parutan lobak merah (optional) – boleh tambah teksture dan volume selain faktor serat bagus dalam sandwich
Untuk pedas, boleh tambah 2-3 biji cili padi yang dihiris halus.
*Gaul semua bahan diatas sehingga sebati dan siap.
BAHAN SOS SANDWICH:

3 sudu besar sos cili
3 sudu besar mayonis
*digaul rata dan masukkan dalam piping bag plastik
BAHAN LAIN:

Daun salad hijau secukupnya, dibersihkan awal dan toskan serta keringkan
2 biji tomato (buang biji dan air di tengah) dibelah dua dan dihiris nipis
Sedikit butter yang lembut untuk sapuan di roti
1 bungkus roti putih Gardenia paket besar

CARA BUAT SANDWICH UNTUK JUALAN:

Sapu 3 keping roti dengan butter yang telah lembut ye. Kalau butter masih keras, nanti sapuan tak lancar. Bila butter keras, korang akan tekan-tekan roti tu dan roti tu jadi nipis dan tak cantik. Guna butter atau merjarin berkualiti ye jangan guna marjerin murahan yang jual timbang. Letak tanggungjawab social kita sebagai peniaga untuk sama-sama menjaga kesihatan pelanggan kita.
Letak inti tuna dalam sesudu besar dan ratakan. Ramai peniaga hanya letak inti di tengah dan tak ratakan. Memang inti tu nampak penuh selambak tapi bahagian bawah tu kosong je. Sebaiknya ratakan inti sampai ke hujung tapi jangan melimpah.
Letak roti diatasnya menjadi lapisan roti kedua
Bahagian atas paipkan sos mayonis yang kita buat tu. Letak tomato 2 keping dan kemudian letak pula daun salad. Paipkan lagi sos mayonis ke atas daun salad untuk lekatkan roti dan sayur. Kemudian letak lagi sekeping roti diatas sekali. Jadilah 3 lapis sandwich.



INFO: Cara Potong Sandwich Dengan Cantik

Guna pisau roti ye yang jenis bergerigi untuk potong. Bila potong, jangan tekan terus pisau ke bawah. Ini akan kemek kan sandwich korang dan nampak nipis. Korang kena tarik pisau depan belakang macam kita gergaji kayu untuk potong sandwich tu barulah rotinya tak penyet dan inti serta sayur tak lari dan elok je terpotong.





RESIPI MURTABAK MEE SEGERA



BAHAN-BAHAN:

Mee segera tanpa perencah | direbus lembut


BAHAN INTI:

Rempah kari
Isi ayam | dicincang halus
Sayur campur
Bawang besar | dipotong dadu
Telur
CARA MEMASAK:

Lepas tu sediakan inti. Terpulang nak macam mana dan bahan sayur tu nak apa. Macam saya buat ni saya tumis sedikit rempah kari dan masukkan sedikit isi ayam cincang dan sayur campur dan bawang besar dipotong dadu. Masak sehingga kering dan sejukkan. Lepas tu pukul telur sebanyak mana yang diperlukan. Lagi banyak lagi sedap lah kan hehehe.. Masukkan inti tadi ke dalam telur dan gaul rata. Saya tambah lada hitam dan sedikit garam dalam telur tu.
Masukkan mee segera yang direbus. Saya pakai mee cintan yang dalam packet besar tu. Mee nya flat macam kuey teow. Boleh je pakai mee segera biasa.
Pakai acuan bulat telur ni. Sebab kuali non stick kat rumah takde yang kecil. Kalau ada kuali kecil tak payah pakai acuan ni pun ok. Siap!


KUAH PENCICAH:


Mula-mula sediakan bawang jeruk ni. Perlu disediakan 2-3 jam lebih awal supaya bawang tu rasa jeruk sikit. Caranya perap bawang, cuka, gula (ikut nak manis macam mana) dan sedikit garam. Masukkan juga sedikit pewarna merah.



KONGSI RESIPI DAN GAMBAR: enyabdullah.com



RESIPI ROTI JOHN


BAHAN-BAHAN:

Roti john/roti oblong (belah tengah)
Daging kisar ramly (daging burger pon ok)
Bawang merah,cili merah, cili api
2-3biji telur
Planta
Sos cili
Mayonis
Thousand island
Sayuran : timun, kubis
Sedikit garam
CARA MEMASAK:

Satukan telur, daging, dan bawang hiris, cili hiris dan juga garam. Ketepikan.
Sapu roti dgn planta . Ketepikan.
Sapu kuali dengan sedikit planta, masukkan dging tadi dan biarkan daging tu sampai masak.
Tekapkan roti tersebut diatas daging tadi. Biarkan sekejap baru diterbalikkan.
Bila dah masak, baru angkat dan letak sayur dan sos yang ada. Siap dipotong, mudah kan?
Sedapnya! Mesti kenyang dan anak-anak suka kan? Selamat mencuba.

Kongsi resipi:  Tengku RosElyza Raja Muhammad



RESIPI APAM BALIK



BAHAN-BAHAN:

Bahan-bahan untuk apam balik:

2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 biji telur
1 1/2 cawan susu full cream atau susu cair
1/2 sudu kecil garam
sedikit pewarna kuning
Sedikit minyak, untuk disapu pada kuali
Bahan-bahan untuk di tabur:

sebuk kacang tanah (goreng tanpa minyak dan kisar kasar)
1 tin jagung krim
gula pasir secukupnya
CARA MEMASAK:

Cara-cara untuk apam balik:

Ayak tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan garam.
Pukul telur bersama gula sehingga sebati. Masukkan susu dan pewarna kuning. Teruskan kacau sehingga sebati.
Masukkan bahan ayak dan kacau sehingga adunan tepung menjadi licin dan tidak berketul.
Perap selama 1 jam. Panaskan kuali non stick dan ambil tisu atau kain bersih. Lap permukaan kuali dengan minyak cukup sekadar lapisan nipis di permukaan.
Tuang adunan anggaran satu senduk lebih. Biarkan seketika sehingga gelembung udara naik.
Tabur sedikit gula, jagung dan kacang tanah. Lipat dan angkat apam balik.


KONGSI RESIPI DAN GAMBAR: Che’ Nom

kredit artikel : https://www.rasa.my/cuba-sendiri-5-jenis-resipi-makanan-street-food-paling-popular/

No comments:

Powered by Blogger.