Header Ads

“Ibu takut bala dari tuhan datang nakkk..” – Teguran lembut dari hati ibu untuk Aliff Syukri ini sungguh mengharukan hati netizen



Tindakan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri memuat naik sebuah video tarian di laman Instagram miliknya baru-baru ini mendapat kecaman hebat daripada netizen.

Selepas Wardina Safiyyah, ibunya Rozita Ibrahim pula tampil memberikan teguran dan nasihat padu buat pengasas produk D’Herbs itu.


“Mak tegur Kri tak dengar. Wardina tegur Kri siap post komennya. Kalau mak tegur Kri delete. Mak dan semua orang sayang Kri… Kri insan baik.

“Jangan dekati… kawan dan bantu golongan fasik murka Allah. Jangan dijemput mereka. Kalau kita bantu maksudnya dosa dan bala sama kita akan terima… ada hadisnya.

“Maaf beribu-ribu maaf atas komen ini. Mak tak nak bala datang kepada keluarga takut dosa dan bala itu datang kepada keluarga kita.

“Jauhi mereka… wahai anakku yang baik budi, bijaksanalah wahai anakku,” tulis pengasas produk Sendayu Tinggi itu menerusi sebuah posting di laman Instagram anaknya.

Komen tersebut mendapat sebanyak 17, 614 tanda suka dan ratusan komen yang kebanyakan bersetuju dengan kata-kata ibunya itu.

Terdahulu, Aliff dikecam orang ramai gara-gara memuat naik tarian untuk lagu terbarunya, Semalam Bobo Dimana yang dianggap menjijikan.

Lagu tersebut turut berkolaborasi dengan seorang lagi usahawan kosmetik, Nur Sajat dan penyanyi dangdut Indonesia, Lucinta Luna.


Sumber : Aliff Syukri

sumber artikel : https://www.ohmymedia.cc/mak-takut-bala-datang-nakkk-teguran-lembut-ibu-untuk-aliff-syukri/


aliffsyukriterlajaklarisJangan salah kan orang lain #bobodimana

Terima kasih kak Dina ...terima kasih atas teguran dan kasih sayang kak dina kepada saya dan isteri.....Ya saya akui kesilapan saya dan apa yg kak dina cakap itu sy terima cuma saya buat atas tuntutan kerja yg telah termaktub dlm kontrak........ .
.
sebenarnya dlm clip promo lirik vedio dan teaser tu ada lebih dr 15org yg terlibat dan saya tidak memegang mereka langsung.. dan produksi indonesia juga memperuntukkan 2miliar rupiah utk full muzik vedio dimana smua konsep dr mereka.. dan saya sebagai talent artis dr label indonesia hnya mengikut sahaja..jadi kpd smua harap memahmi sy juga dan jgn memberi tekanan kpd wife sy sbb ia mengundang masalah yg lebih berat....dlm perkara ini...saya ada beberapa tuntutan kerja yg saya perlu lunaskan utk lagu ni..yg diurus oleh manager sy di indonesia @didi_3kingkong
.
.
sewaktu di offer saya gembira kerana saya ingin dikenali di indonesia.....saya amat hargai teguran semua orang.....walau siapapun selagi tidak ada kata2 kesat dan maki hamun inyallah sy terima...izinkan saya lunaskan kerja2 sy.. inyallah lps ni sy jdi host program masakan di malaysia dan program,kewanitaan tidak lama lagi.. @penmerahdotcom_ig

No comments:

Powered by Blogger.