Ibu-Ibu Sekalian, Kalau Anak Anda Kurus Sangat, Sila Bagi Minuman Ni. Boleh Tambah Berat Dan Tenaga
Ibu mana tak risau bila melihat keadaan bentuk badan anaknya yang kurus kering akibat tiada selera makan. Lagi-lagi sering kali pula ditegur oleh orang sekeliling berkenaan bentuk fizikal anak tersebut. “Kenapa kurus sangat anak kamu ni, tak kasi makan ke?”, “Anak tak nak makan ke jadi macamtu?”, “Kesiannya tengok anak kamu ni, macam tidak cukup zat.” dan pertanyaan-pertanyaan ini terus sering didendangkan di telinga anda.
Akhirnya membuatkan kita sebagai ibu semakin bimbang dan tertekan.
Sewajarnya kita akan mencari penyelesaian agar anak yang sedang membesar dibekalkan dengan zat yang secukupnya. Salah satu caranya adalah dengan menyediakan minuman yang berkhasiat seperti mana resipinya telah dikongsikan oleh Puan Norliza ini.
Ikuti perkongsiannya untuk manfaat bersama!
Oh ya, selain itu tips ini juga sesuai untuk semua golongan, kaum lelaki dan kanak² yang mempunyai berat badan yang kurang pun sesuai mengamalkan, InsyaAllah. Seseuai juga diamalkan kepada ibu berpantang serta ibu mengandung yang merasakan diri mereka kurang tenaga
Kesemua bahan ini terlalu banyak khasiat, lebih² lagi ianya adalah makanan sunnah.
Bahan-bahan
Segelas susu
Sesudu besar kismis (kalau nak guna kurma pun boleh, tapi jangan campur kurma dan kismis)
* rendam 2jam
Sesudu besar badam
*rendam 6jam atau semalaman.
Sesudu kecil madu
Cara penyediaan:
Campurkan semua bahan dan kisar.
Setelah sebati boleh tapis untuk minum, tapi saya suka tak bertapis sebab dapat rasa crunchy² badamnya.
Minum 2x sehari setiap hari.
kredit artikel : Norliza Mohd Salleh
No comments: