‘Anak Menangis Minta Susu, Sekali Yang Keluar Darah’ - Ibu Muda Ameera Zaini Kongsikan Pengalaman Cemasnya Ketika Breastfeeding yang Pastinya Membuatkan Anda Sebak Apabila Mengetahuinya...
Sayangnya, bukan semua ibu bertuah dapat menyusukan bayinya dengan tenang dan penuh kegembiraan.
Lagi-lagi selepas melalui proses bersalin yang bukan sekejap. Menghadapi pula proses kontraksi yang panjang. Pasti ibu akan melalui pengalaman menyusukan anak dengan bermacam cabaran.
Ibu muda ini, Ameera Zaini, 29 tahun berkongsi pengalaman breastfeeding anak sulungnya, Mateen.
Kini usia Mateen setahun lebih. Dalam tempoh itu, Ameera atau nama sebenarnya, Nor Ameera Zaini tak sekali berenggang dengan si kecilnya demi memenuhi keperluan makanan terbaik untuk anaknya itu, iaitu menyusukan badan.
Sekali Yang Keluar Darah, Bukan Susu! – Ameera Zaini
Selepas melahirkan anaknya Mateen secara pembedahan dan melalui proses kontraksi dekat 20 jam membuat tubuhnya teramat lemah.
Masa tu pukul 4-ish in the morning. Nurse datang dan tanya, “Puan nak susukan baby?”
Doctor baru je keluarkan Mateen pukul 2.39 am. Czer pulak tu and mommy contraction 20 jam sebelum tu mana ada energy dah. Lembik.
“Takpelah saya rasa saya tak larat, nak rehat.” Pastu siap muntah lagi. Bayangkan dengan perut baru lepas kena belah tu.
Tapi beberapa jam lepas tu, walaupun masih lemah mommy ambik Mateen. Allah susu tak keluar! Sebab tak skin to skin right after bersalin tu kot? Jadi Mateen menangis je setiap kali masuk bilik mommy. Sebab Mateen dah minum susu formula so Mateen tak puas nak hisap susu badan.
Mommy push juga, sambil menangis minta susu keluar. Sekali yang keluar darah, bukan susu! Tapi mommy teruskan juga sampailah setitis colostrum keluar and mommy sapu kat lidah Mateen. Bahagianya tengok setitis tu.
Stress, Menangis Dari Petang Ke Malam, Akhirnya Bentan
Balik rumah, mommt tak ada susu spare. Sebab mommy dah niat nak susu badan je tapi malam tu Mateen nangis kuat sangat so mommy bagi juga susu formula daddy pergi beli. Mommy okay je asalkan Mateen kenyang.
Mommy continue usaha, mommy bangun setiap jam susukan Mateen, pump susu walaupun setengah Oz pun tak sampai. Sampailah daddy terlepas cakap “Sikitnya, cukup ke ni.”
Daddy tak sengaja tapi mommy sensitif sangat so mommy nangis dari pukul 4 petang sampai tengah malam and end up mommy macam bentan. Sejuk menggigil-gigil, badan bisa-bisa, kaki tak boleh jejak tanah. Doctor kata mungkin terlalu stress and masih dalam pantang.
So mommy decided untuk tak pump susu and directfeeding je sebab mommy stress tengok quantity Oz yang sedikit tu. Alhamdulillah sebabkan tak stress tu mommy dapat susukan Mateen sepenuhnya walaupun Mateen nak ngempeng every 40-60 minutes.
Kalau Ada Mommy, Mateen Nak Susu Setiap Jam
Masa Mateen dah 3 bulan mommy sambung jadi host. Mommy bawak Mateen ke hulu hilir, sebab Mateen tak nak botol. Jadi setiap kali ada gap in between makeup, pakai baju or shoooting tu mommy akan susukan Mateen walaupun sebelum sampai tu Mateen dah susu. Mateen manja.
Memasuki usia 3 bulan, Mateen semakin pandai berdikari. Walaupun sibuk, tanggungjawab memberi susu badan pada anaknya tak pernah sedikitpun Ameera abaikan.
“Sampailah bila Mateen dah boleh tinggal kat office, mommy akan berulang every 2-3 hours to nurse you. Walaupun Mateen dah makan, Mateen tetap nak susu mommy banyak-banyak.”
Mommy letih, tapi mommy puas hati. Kalau mommy terlambat mommy akan bengkak susu sampai demam. Sakit sangat-sangat.
Sekarang Mateen dah 1 tahun setengah. Mateen masih menyusu badan, kalau ada mommy Mateen nak susu setiap jam siang malam macam masa baby. Setiap malam mommy bangun every hours to nurse you.
“Mommy sakit badan, macam nak patah pinggang. Mommy masuk hospital pun mommy tetap susukan Mateen walaupun Mateen nak cabut branula kat tangan mommy. Sambil tawaf tujuh pusingan mommy carry Mateen sambil menyusukan Mateen sebab Mateen penat dan lapar.”
And sekarang mommy perasan susu mommy dah tak banyak sampai Mateen dah mula gigit-gigit sampai luka. Jadi mommy terpaksa beli fresh milk, susu formula untuk bagi kat Mateen walaupun Mateen cuma minum sehirup dua setiap kali mommy sediakan. Sorry Mateen kalau Mateen tak suka.
Terima Kasih Sebab Gembirakan Hati Mommy
Mateen, mommy minta maaf sangat-sangat sebab kadang-kadang mommy mengeluh susukan Mateen. Mommy tak pernah kata susu lain tak bagus. Ini pilihan mommy. And pilihan Mateen untuk reject bottle. Pilihan kita.
Terima kasih sebab gembirakan hati mommy setiap kali Mateen menyusu. Sekurang-kurangnya mommy dapat tengok muka Mateen, dapat rasa yang Mateen perlukan mommy.
Janji Ameera, “Mommy akan teruskan bagi Mateen susu mommy sampai Mateen 2 tahun walau sikit macam mana pun.”
To all mommies out there yang tanya tips, jawapannya jangan mengalah. Buatlah apa yang termampu, makan lah apa sahaja yang membantu asalkan tidak mengalah.
“My breastfeeding journey bukannya setiap hari berjaya, ada juga air mata yang jatuh. Sampai Meera pun tak pasti macam mana Meera boleh buat. Mungkin semangat tu datang setiap kali tengok muka anak.”
Happy world’s breastfeeding week to all mommies. Tahniah kepada yang berjaya susukan baby sampai hari ini tak kiralah berapa hari pun. To mothers who do not BF your baby, tahniah juga sebab kalau tak kerana you yang decide to give them other than BM, mungkin anak tu takkan kenyang dan sihat. BM or FM, we are mothers and apa sahaja yang kita buat semuanya dari hati kita yang penuh dengan kasih sayang.
Sumber/Foto : Ameera Zaini
sumber artikel : https://www.mingguanwanita.my/ameera-zaini-kongsi-pengalaman-menyusukan-anaknya-mateen/
No comments: