Header Ads

“Saya Menyesal Sebab Lambat Berhijab, Patut Dari Dulu Lagi.” Norish Karman Kongsi Pengalaman Pakai Tudung Sebagai ‘Hadiah Hari Jadi’ Untuk Ayah.


Sementelah adik-beradiknya yang lain sudah berhijab, dia pula memilih jalan berbeza dengan menumpukan ke arah duniawi.

Akuinya,  ilmu agama itu sudah  dipupuk ,dididik diterap dari kecil lagi, sementelah ayahnya, Ustaz Karman seorang yang kaya dengan ilmu agama selain memiliki pendirian hidup yang sangat mewah dengan panduan Quran.

Better late than never, mungkin ungkapan tersebut sesuai untuk perubahan terbaru Norish Karman ini. Mula mengenakan hijab awal Februari yang lalu, pelakon ini mengakui itu sebagai  ‘hadiah hari jadi’ untuk ayahnya.

Malah dia turut menjawab persoalan mengenai langkahnya ‘berhijrah’ dan memilih untuk berhijab menerusi ruangan ‘ask me’ di Instagram.


Ketiku itu, Norish ditanya mengenai  bagaimana boleh terniat untuk berubah serta tip untuk istiqamah.


Iman itu bukan ketika berHijab semua kealiman dan ilmu agama diserap terus melalui tudung..:NO !!
Ilmu agama itu sudah semestinya dipupuk ,dididik diterap dari kecil lagi… Alhamdulilah Ku dikurniakan seorang Bapak yang sangat kaya dengan Ilmu agama dan pendirian hidup yang sangat mewah dengan panduan Quran ,Ustadz Karman yang telah banyak mendidik segala ilmu agama yang ada pada ku dan adik-beradik.

Pada usia ,6 tahun Bapak dah guna rotan kalo tak solat dan Puasa.. 7 tahun dah kena diri atas kerusi utk hafal Muqaddam , Ayatul Qursi,Surah Yusoff .



8 tahun dah kena hafal makna Yaasin kemudian perlahan2 hafalkan surah Yaasin setiap hari Khamis kami dimestikan solat berjemaah dan Yaasin beramai2…atau kena hukum😭

9 tahun kena paksa bertanding Berzanji,Syarahan agama masa Maulidur Rasul di majlis2 ilmu dan juga di Masjid… Waktu petang kena pegi Sekolah agama Isnin sampai Khamis lepas balik dari sekolah circular…

Bila balik rumah ,ramai org datang belajar agama dengan Bapak dan ramai juga yang Bapak bantu didik untuk peluk agama Islam, jadi dulu Bapak serahkan pada me tugasan mengajar Syahadah dan Muqaddam untuk yang baru mula class….


Berpuluh2 tahun dididk JANGAN miss solat Sunat sebelum Subuh ,jangan lambatkan Subuh ,lepas solat Subuh cuba baca Yaasin sekali… JANGAN miss Dhuha walau ape sekalipun 2 rakaat atau 8 rakaat paling best Bapak pesan…lepas Dhuha cuba Yaasin 1-3x jika mampu…

Itu semua la yang me laksanakan setiap hari dan dari anak2 me kecil me dah didik anak2 semua cara yang sama Bapak didik me….

Ermm i think im more stern n strict to my children as a single mum d world constantly eyein for my mistakes in raising my kidz almaklum rumah takde Father figure jadi org2 selalunya bertanggapan bahawa anak2 yang bercerai ibu bapa pasti punyai akhlak yang tidak baik, gagal dalam pelajaran dan banyak lagi tanggapan negative yang kini me tangkis dengan segala usaha mendidik anak2 dengan sepenuh hati dan didikan agama yang me dahulukan…



iyer sampai me hilang segalanya career ,hilang kawan2 duniawi, hilang harta dunia hanya kerana me berkorban demi masa jiwa raga utk tumbesaran anak2 senantiase dalam pengawasan me…. My One & biggest regret ??
Lambat berHijab😭😭😭 Sumtg i shuld hv done long agO….
#hidayahituindah
#cintaBapa




Sumber: IG rischkarman

No comments:

Powered by Blogger.