"Perempuan yang bercinta dengan laki orang ni aku taktau la nak label apa. Nak kata bodoh kang marah. Nak kata gatal kang marah jgk."
PLEASE ALERT!!!!!!!!
Nak mintak tolong dekat perempuan kat luar sana. Kalau dah tahu laki orang, jangan la layan. Tak kira la dia yang tegur dulu atau menggatal dulu, kalau dah tahu dia suami orang please cut off hubungan tu. Biarkan dia nak menyundal, kau tu jangan jadi sundal yang nak disundal (sorry bahasa kasar sikit). Kalau kau tak melayan, takkan berlarutan benda tu. Sebab kau layan la benda tu goes on.
Lepas tu jangan nak bangga diri “oh aku lawa, suami orang pun nak kat aku”. Jangan khianat kaum sendiri. Kalau ada suami orang puji puji kau, ingatkan dia baik dia puji isteri kat rumah tu. Kalau dia mengadu pasal isteri, suruh dia pergi kaunseling. Tak payah nak tunjuk diri tu prihatin sangat nak dengar luahan hati dia tu.
Mula mula masuk campur hal rumahtangga orang. Pastu kesian (konon). Lama lama bercinta. Banyak dah kes macam ni. Kesian la sikit dengan isteri dia, lagi lagi kalau ada anak. Mana simpati kau? Nanti kau dah kahwin, cuba orang pulak menggatal dengan suami kau. Apa kau rasa? Kifarah tu kan ada,sentiasa berpusing.
Perempuan yang bercinta dengan laki orang ni aku tktau la nak label apa. Nak kata bodoh kang marah. Nak kata gatal kang marah jgk. Nak panggil perampas pun dia marah jgk. Mungkin dia seronok kot yang suami orang tu pilih dia berbanding isteri.. Kau rasa kau lagi lawa, lagi berharga, lagi better la gitu? Kalau macam tu la cara kau nak boost self esteem kau, mmg makhluk hati bangkai la kau ni. Takda hati perut enjoy dgn suami orang sedangkan isteri dia bermurung kat rumah.
Si suami pun satu hal juga. Da ada anak bini masih menggatal nak melayan perempuan lain. Alasan sekadar kawan. Pleasseeee la. Stop it!! Kalau bini buat perangai yang sama macam kau boleh? Ofcourse tak boleh kan. Alasan berdosa. Habis yang kau dok layan tepuk tangan sama2 sampai berbunyi apesal. Tak berdosa pula?
Last but not least, tolong hargai siapa yang sanggup berkorban nyawa,masa depan, & kehendak sendiri demi keluarga. Jangan masa belum dapat jadi hak kau beria sampai 24jam nak call. Tapi once da dapat macam sampah je kau buat. Tak kiralah baik si suami mahupun isteri.
Apa pendapat Anda?
Silakan SHARE Dan Semoga Bermanfaat
Sumber : KRT
No comments: