Header Ads

Jawapan Sebenar Kenapa Kejadian Stroke Sering Kali Terkena Semasa Kita Di Bilik Air



Sebab yang biasa berlaku pada pesakit yang mengalami strok adalah disebabkan saluran arteri yang semakin sempit dan keras (atherosclerosis). Plak yang dihasilkan oleh lemak, kolesterol, kalsium, dan bahan-bahan yang lain berkumpul di dalam arteri menyebabkan saluran darah semakin lama menjadi semakin sempit dan menghalang untuk darah mengalir ke otak.

Sekiranya sumbatan berlaku di saluran yang sempit, ‘ischaemic stroke’ akan berlaku. Strok berdarah pula sering berlaku disebabkan tekanan darah yang tidak dikawal yang menyebabkan dinding arteri tidak dapat menampung tekanan tersebut dan menyebabkan kebocoran salur darah.

Faktor-faktor Risiko: Penyakit yang kronik

Keadaan penyakit-penyakit ini menyumbang kepada risiko yang tinggi untuk mendapat strok. Termasuklah:

Tekanan darah tinggi
Tinggi kolesterol
Penyakit Kencing manis
Kegemukan
Sekiranya anda mengambil langkah selamat untuk mengawal keadaan di atas, ia boleh mengurangkan risiko anda untuk mendapat strok.

Kenapa STROKE banyak/ramai yang kena di bilik air?

Kerana cara mandian yang salah! Kita selalu dengar orang jatuh dibilik mandi, kena stroke dan sebagainya. Kenapa kita jarang dengar kena stroke bila jatuh ditempat lain?



Menurut sumber seorang penceramah professor uitm yang juga terlibat dengan majlis sukan negara menasihatkan supaya semasa mandi jangan basahkan kepala dulu, basahkan bahagian badan. Ini kerana apabila kepala basah dan sejuk, darah semua akan mengalir ke kepala untuk memanaskan kepala.

Logik ‘warm blooded human’ dan jika ada saluran darah sempit, mungkin boleh menyebabkan saluran darah pecah. Ini kerapkali berlaku di bilik mandi.

Bermula dari segayung siramkan di telapak kaki.



Segayung di betis.
Segayung di paha.
Segayung di perut.
Segayung di bahu.
Berhentilah sejenak 5-10 saat.

Cara mandi ini baik bagi semua peringkat umur terutama yang mempunyai sakit diabetes, darah tinggi, kolesterol dan migrain/sakit kepala sebelah. Selain dari cara mandi yang betul mengamalkan senaman anti stroke ni banyak juga membantu menghindarkan diri anda dari stroke:



sumber : http://rahsiarumahtangga.com/kenapa-stroke-di-bilik-air/

No comments:

Powered by Blogger.