“Gadis-Gadis Bujang Kat Luar Sana, Sebelum Kahwin Sila Enjoy Your Single Life Dulu”
Aku ni baru je 24tahun, kawin awal tahun lepas. 3 bulan lepas tu aku disahkan pregnant. Masa tu aku happy gila weh. Yela nak dapat anak siapa tak happy. Tapi asal aku scroll fb, ig semua kawan kawan aku duk jalan jalan. Yela, umur umur macam kitorg ni kan, memang ramai tengah nak menerokai dunia.
So dalam masa yang sama, aku sedar aku tak dapat nak buat perkara yang aku buat masa bujang macam travel ke sana sini, snorkelling, diving, hiking macam kawan kawan aku tu. Tapi takpe, aku cakap kat aku, rezeki org lain lain. Aku dapat kawin dulu. Dorg tak dapat merasa nikmat kawin macam aku tengah rasa. Kahkah. And dapat anak lagi power kot. Ada je org lain yang lambat. Aku ni kira cepat.
Bulan berganantii bulan, anak aku pun lahir, dan membesar bak juara. Bangga gila aku ada ank comel macam tu. Cuma, bila aku buka socmed, aku scroll feeds, aku nmpk lagi kawan kawan aku, sorg kat Kashmeer, sorg kat Gunung Kinabalu, sorg kat perkampungan apa tah (tapi canantiik gila) kat Denpasar, sorg diving kat Bali. Hati aku berdetak detak, kecewanya aku tak dapat buat semua ni lagi. So benda yang sama la aku cakap, rezeki org lain lain. And rezeki tu tak pernah salah alamat. Gitchewwww
Sampai la pada satu hari, ada sorg kawan baik aku ni, bujang lagi, ajak aku keluar makan, bukan nak keluar p mall tau. Aku pun ok la. sebab anak aku dah lepas pantang, dah cukup kuat untuk aku bawa keluar, kenal dunia ni.
And aku dengan kawan aku set la nk keluar pukul berapa. Dia ajak keluar tengah tengah hari rembang buta tu. Aku cakap la, kesian weh anak aku nak keluar tengah tengah hari buta macam tu. Hangpa tahu tak kawan aku balas apa “Sampai bila kau nak simpan anak kau weh”.
Weh! Aku cakap kat korg perempuan bujang weh. Kau jangan sekali kali cakap macam tu kat org yang dah ada anak. Especially perempuan yang first time ada anak, and anak dia masih kecik lagi.
Sumpah weh aku sentap gila kawan aku cakap macam tu. Korg tak faham weh perasaan dah ada anak ni. Bila dah ada anak, anak jadi no 1. Tak fikir benda lain. Kita fikir kesihatan, keselamatan dia. Tengah tengah hari buta tu nak bawa anak kecik, tak sampai 6bulan lagi keluar, nanti dia berpeluh apa semua, dah menangis tak selesa. Naik ruam apa semua. macam macam lagi weh.
So pls, perempuan bujang kat luar sana. Tolong jangan cakap macam ni. Naluri belum kuat macam kami yang dah ada anak.
And go, enjoy ur single life. P travel, hiking apa semua. Bila dah kawin, apa kau buat semua tertakluk bawah laki kau. Ok sekian. Bye. –
sumber : www.kakishare.tv
Sumber : internet
No comments: