"Bila minta duit cakap takde duit, tapi boleh pula pergi bercuti di Langkawi, Phuket" - 2 Tahun liat bayar hutang RM2500 dan bila dituntut lelaki ini balas dengan mesej yang sangat BIADAP!
Adab berhutang, bayarlah bila sudah berkemampuan walaupun sedikit demi sedikit. Namun apa yang berlaku pada wanita ini, tidak seperti yang diharapkan apabila si lelaki mengambil keputusan untuk menangguhkan bayaran hutangnya dengan pelbagai alasan.
"Lelaki ini berhutang dengan saya RM2,500. Tetapi bila saya minta dia bayar RM2,000 sahaja, sehingga sekarang dia tak buat bayaran balik. Dia pinjam duit itu untuk modal perniagaan Roti John dan sewa kedai. Tetapi sudah dua tahun berlalu, dia gagal membayar kembali wang itu kepada saya," demikian kata Haira di Twitternya.
Pada awalnya, Haira cuba meminta Raffiudin membayarnya sebanyak RM500 pada Khamis ini kerana Haira memerlukan wang untuk menyertai program universitinya di Batam, minggu depan.
"I'm going to Batam for university's visit next week. I nak pakai RM500. Bank in before Khamis. Thank you," mesej Haira kepada Raffiudin di aplikasi WhatsApp.
Malangnya, lelaki itu tidak mengendahkan dan memberi alasan dia tidak mempunyai duit. Meskipun Haira meminta sebanyak RM200, dia tetap memberi alasan yang sama.
Berang dengan sikap tidak bertanggungjawab lelaki itu, Haira mempersoalkan bagaimana Raffiudin yang tiada duit tetapi boleh berjalan ke sana sini seperti orang berduit tetapi tiada duit nak membayar hutangnya.
"Orang payung, apa ada hal?" kata Raffiudin.
"Kau boleh je kan minta dari mak kau? Cakap kau nak bayar sewa kedai," balas Haira.
"Apa hal nak minta duit dari mak I? I ada duit, I bagilah. You siapa nak suruh I minta duit dari mak I?" Raffiudin mempersoalkan tindakan Haira.
"I yang bagi hutang pada you. You hari itu boleh saja kan sebenarnya nak minta dari mak you pada mulanya. I yang bagi hutang, I ada hak nak menuntut hutang I. You tu yang sepatutnya malu dengan I dan cari I untuk bayar hutang," balas Haira lagi.
"Minta la you selagi you mampu. Haha," tulis Raffiudin memerli Haira.
Haira kemudian menegaskan dia akan datang ke rumah lelaki itu di Melaka untuk menuntut hutangnya. Namun lelaki itu tidak sedikit pun gentar dan menyindir tindakan Haira itu kebudak-budakkan.
"Jadi saya pergi ke rumah dia di Melaka dan berjumpa dengan ibu bapa dia. My god, mak dia memang sejenis back up anak. Bapak dia jenis garang macam nak tolong tapi senyap sampai sekarang.
"Dia bijak, masa nak pinjam duit saya, dia call datang suruh jumpa. Dah jumpa baru cakap. Selepas tu terus minta cash, tak nak transfer. Saya mengaku saya kurang cerdik pada masa itu. Perempuan kalau sayang, memang buta dan bodoh.
"Yang saya bengang, dia cakap tak ada duit tetapi boleh pergi Langkawi, Phuket semua bercuti dan sambut tahun baru," tulisnya.
Ada beberapa netizen cuba menghubungi nombor telefon lelaki itu, namun mendakwa mereka tersalah nombor. Tetapi Haira mengesahkan suara yang menjawab panggilan itu sememangnya Raffiudin.
Susulan viral itu juga, Raffiudin telah menyahaktifkan akaun Instagramnya.
Difahamkan Haira telah berjaya mendapatkan segala maklumat tempat kerja dan nombor telefon pejabat lelaki berkenaan dan akan mengambil tindakan selanjutnya.
sumber artikel : 1citemalaya
No comments: