AWAS, Para Ibubapa Sila Berhati-hati! Bedak talkum penyebab kanser, Johnson & Johnson Diperintah Bayar Pampasan
Syarikat gergasi farmaseutikal Johnson & Johnson (J&J) diperintah membayar pampasan AS$4.69 bilion (RM18.98 bilion) kepada 22 wanita yang mendakwa bedak keluaran syarikat itu menyebabkan kanser.
Mangsa mendakwa mereka menghidapi kanser ovari kerana talkum bayi keluaran Johnson & Johnson mengandungi asbestos.
Dalam pada itu, peguam kepada wanita terbabit, Mark Lanier turut meminta agar produk Johnson & Johnson dikeluarkan daripada pasaran sebelum mengakibatkan penyakit yang lebih teruk dan kematian berlaku.
“Selama lebih 40 tahun, Johnson & Johnson menutup bukti kehadiran asbestos dalam produk mereka.
“Jika Johnson & Johnson berkeras untuk menjual bedak mereka, mereka perlu paparkan tanda amaran,” kata Lanier.
Kesemua mangsa berkata, mereka telah menggunakan bedak bayi tersebut sejak berdekad lamanya dan produk talkum keluaran syarikat tersebut menyebabkan mereka mengalami penyakit.
Mereka mendakwa syarikat itu mengetahui bahawa bedak keluaran mereka mengandungi bahan tercemar iaitu asbestos sejak tahun 1970-an tetapi gagal memberi amaran kepada pengguna mengenai risiko tersebut.
Penulis percaya, pasti ada dalam kalangan anda yang menggunakan bedak talkum jenama ini untuk bayi kan? Jadi, lepas ini anda perlu berhati-hati untuk memilih produk penjagaan dan kebersihan diri sama ada untuk anak-anak mahupun diri anda sendiri.
Sebaiknya, pilihlah produk yang organik yang memang ternyata selamat apabila digunakan!
Sumber: Astro Awani
No comments: