Header Ads

Syarat Nak Jadi Orang Minyak, Kena Rogol 99 Orang Gadis. Fakta Atau Mitos?

Syarat Nak Jadi Orang Minyak, Kena Rogol 99 Orang Gadis. Fakta Atau Mitos?

“Seorang gadis mendakwa hampir dirogol oleh lelaki bersalut minyak beberapa hari lepas. Orang minyak ni benar-benar wujud atau sekadar mitos? ”

Di Malaysia ni, ada banyak kisah mitos atau lagenda mengenai hantu dan makhluk ghaib yang tak diketahui ramai. Tapi antara mitos yang paling femes ialah kisah orang minyak yang kini tiba-tiba muncul semula lepas seorang gadis dakwa dia hampir kena rogol dengan lelaki bersalut minyak beberapa hari lepas.

Bagi korang yang tak berapa nak percaya betul ke tidak orang minyak ni wujud atau mitos semata-mata, ini kami senaraikan beberapa perkara yang perlu korang tahu mengenai manusia yang berlumur minyak hitam ni. Baca jangan tak baca! 

1. Siapa orang minyak?

Syarat Nak Jadi Orang Minyak, Kena Rogol 99 Orang Gadis. Fakta Atau Mitos?

Kalau cerita pasal orang minyak, mesti korang teringat filem P. Ramlee, Sumpah Orang Minyak yang sangat femes zaman 60-an dulu. Melalui cerita tu, kita tahulah yang orang minyak ni asalnya manusia biasa yang macam kita-kita jugak cuma dia ni ada rupa yang agak hodoh. Namun disebabkan hati dia baik, orang bunian ubah dia jadi handsome tapi lepas tu dia kena sumpah jadi invisible sebab langgar pantang larang dengan bunuh orang.

Demi nak kembali jadi rupa asalnya yang handsome, dia buat perjanjian dengan syaitan dan jadi manusia supernatural tapi versi jahat yang kena rogol 99 anak dara (ada yang cakap rogol 40 orang gadis pun dah cukup). Dalam filem tu, P. Ramlee yang berlakon watak Si Bongkok terpaksa jadi orang minyak dan dah rogol 21 orang gadis dalam masa tujuh hari. Wuish gilalah! 

Tapi obviously cerita ni tak berakhir dengan happy ending bila orang minyak ni kena tangkap dan dimasukkan ke dalam botol oleh orang bunian yang mula-mula tolong Si Bongkok untuk jadi handsome dulu. Kesiannya…

2. Orang minyak sebenarnya manusia jadian?

Syarat Nak Jadi Orang Minyak, Kena Rogol 99 Orang Gadis. Fakta Atau Mitos?

Orang minyak ni boleh dikatakan sebagai manusia supernatural lah sebab dia dah buat perjanjian dengan syaitan dan dapat power yang luar biasa sampai susah orang kampung nak tangkap dia. Ada yang cakap dia boleh berjalan atas tembok, boleh tembus bilik berkunci dan jugak boleh ghaib dengan tiba-tiba je.

Dan kalau orang minyak ni berjaya dapatkan 40 atau 99 anak dara yang dijanjikan, kulit dia yang hitam legam dengan minyak tu boleh berubah jadi putih balik dan dia akan dapat power yang lagi hebat daripada sebelum ni. Hmm lagi bertambah bahayalah kan! 

3. Kelemahan orang minyak

Syarat Nak Jadi Orang Minyak, Kena Rogol 99 Orang Gadis. Fakta Atau Mitos?

Walaupun ada super power, orang minyak ni sebenarnya ada kelemahan dia jugak yang boleh dikatakan sebagai advantage lah kepada anak dara yang takut kena rogol dengan dorang ni.

Menurut sebuah blog, gadis-gadis yang masih dara zaman dulu lindungi diri dorang dengan pakai baju yang ada bekas peluh lelaki semasa nak tidur. Eww walaupun busuk tapi cara ni boleh buat orang minyak fikir yang korang sebenarnya lelaki dan keinginan dorang untuk rogol gadis ni terus mati. Kalau terdesak bolehlah kot guna cara ni kan…

Lagi satu cara ialah dengan taburkan kelopak jantung pisang dan jugak daun keladi bira dekat kawasan rumah atau bilik yang ada anak dara. Tak cukup dengan tu, ada yang kata kain batik boleh lumpuhkan orang minyak. Kalau dorang ni kena tangkap, selimutkan je dengan kain batik, gerenti dorang dah tak boleh bergerak.

Nak lagi extreme? Gigit ibu jari orang minyak. Katanya boleh buat orang minyak terus mati! Fuh kalau berani bolehlah buat kan. 

4. Orang minyak terlibat dalam kes curi

Syarat Nak Jadi Orang Minyak, Kena Rogol 99 Orang Gadis. Fakta Atau Mitos?

Selain dari suka merogol anak gadis, ada yang cakap orang minyak ni terlibat jugak dalam kes curi. Yelah bak kata orang, sambil menyelam minum air. Tak cukup dengan curi keperawanan gadis, harta benda dalam rumah pun kalau boleh nak curi jugak.

Ada beberapa berita mengenai kes curi yang melibatkan orang minyak seperti di Bentong pada 2012 dulu, yang mana lelaki ni dikatakan dah terlibat dalam enam kes rogol, empat kes bunuh yang sebabkan lima kematian serta terlibat dalam beberapa kes samun. Tapi yang peliknya lelaki ni dikatakan takde pun alami masalah mental dan beri kerjasama baik polis bila dia ditahan.

5. Pandangan orang sekarang mengenai orang minyak

Syarat Nak Jadi Orang Minyak, Kena Rogol 99 Orang Gadis. Fakta Atau Mitos?

Kalau korang tanya kat orang moden zaman sekarang ni, mana ada lagi yang percaya dengan orang minyak kecuali kalau dorang nampak dengan mata kepala dorang sendiri. Record video pun orang claim benda ni tak real! Ada pulak yang anggap semua benda ni tahyul dan penjenayah sengaja guna identiti orang minyak ni untuk buat benda jahat macam rogol atau mencuri.

Tapi setiap kali keluar je cerita tentang orang minyak, mesti ada yang panik lepas tu cuba cari ikhtiar ustaz atau bomoh untuk halang kes orang minyak ni daripada berleluasa. Tak tahu apa kesudahannya, dapat tangkap ke tidak orang minyak tu… tup-tup cerita tu jadi senyap je dan orang minyak pun hilang macam tu saja.

6. Kisah melibatkan orang minyak

Syarat Nak Jadi Orang Minyak, Kena Rogol 99 Orang Gadis. Fakta Atau Mitos?

Wujud atau tak orang minyak, kes berkenaan dorang ni memang banyak keluar kat berita. Banyak jugak yang kongsi kisah orang minyak kat forum sebagai contoh kisah menarik daripada orang ni:

“Kisah ni berlaku dalam tahun 60-an. Arwah atuk aku yang ceritakan kisah yang berlaku kat sebuah kampung di Pantai Timur tanah air. Aku namakan kawasan ni BP saja. Ketika tu kecoh satu bandar tentang kejadian rogol tanpa sedar yang melibatkan anak dara dan isteri orang jadi mangsa. 

“Orang kampung mula tak sedap hati dan berpakat nak buat rondaan gilir-gilir. Tapi still masalah tak selesai dan masih ada anak dara dan bini orang kena rape. Akhirnya terpaksa jumpa ustaz dan bomoh. Selidik punya selidik, dia orang dapat tahu yang ini kerja orang minyak. 

Syarat Nak Jadi Orang Minyak, Kena Rogol 99 Orang Gadis. Fakta Atau Mitos?

“Lepas tu memang semua dalam ketakutan lah. Ada yang sanggup tak tidur bimbang kena rape. Bomoh-bomoh buat tilikan dan cakap orang tu bukan asal dari negeri ni. Dia datang kat kampung tu je. Hah! Orang dah mula syak seseorang yang dinamakan CW. 

“Mungkin Tuhan nak tunjuk, satu malam ni, orang minyak ceroboh masuk satu rumah ni. Kebetulan masa tu, anak tuan rumah tersedar dan nampak muka orang minyak tu. Budak tu terus cakap siapa orang tu dan CW lah orangnya. Berkejar jugaklah dengan orang kampung, akhirnya dia kena tangkap dan sampai sekarang dalam penjara.” 

Papepun sama ada wujud atau tak orang minyak ni, eloklah kita berhati-hati dan kalau boleh amalkan ayat pendinding diri. Walaupun zaman moden sekarang orang dah tak caya lagi dengan benda tahyul macam ni, tak sangka masih ada lagi yang suka menuntut ilmu salah yang sangat bahaya ni.

Lebih baik jauhkan diri daripada terbabit dengan benda yang libatkan syaitan ni. Takut-takut makan diri pulak nanti. 


No comments:

Powered by Blogger.