“Rupa Macam Tikus” – Respon Netizen Isu Nabil Dedah Peminat Ajak Berjimak Tanpa Had Kat Hotel
“Rupa macam tikus pun ada orang ajak berjimak??? Nampak sangat perempuan zaman sekarang ni dah desperate sangat.”
Kehidupan sebagai seorang selebriti sememangnya penuh dengan dugaan malah jika tersilap langkah, runtuhlah nama yang yang dibina sekian lama. Pengacara dan pelawak Nabil Ahmad juga dalam masa yang sama turut diuji dengan tawaran untuk hubungan intim namun terlebih dahulu ditapis isterinya.
“Saya berasa terkejut apabila ada peminat yang sanggup berbuat demikian. Tidak dinafikan terdapat peminat yang menginginkan saya memberi perkhidmatan seks tanpa had di hotel mewah,” jelasnya kepada Kosmo! Online.
Menurut Nabil lagi, mesej tersebut diperoleh isterinya di Instagram dan bagi Nabil, dia sendiri memberi kepercayaan kepada cinta hatinya itu untuk memantau akaun laman sosialnya itu.
Sementara itu melalui Harian Metro, Nabil mengakui sangat menyayangi keluarganya dan rumahtangga yang dibinanya.
“Saya memang terkejut kerana ada peminat wanita fanatik yang bertudung sanggup meminta perkara yang melampau seperti itu. Saya juga meminta isteri memberi nasihat pada wanita itu supaya bertaubat dari perbuatannya itu dan kembali ke jalan diredai Allah”
“Saya sangat sayangkan isteri, anak-anak dan rumah tangga kami. Sebab itu, saya akan berusaha menjauhkan diri dari perkara yang boleh menjejaskan kebahagiaan rumah tangga kami,” kongsinya.
Komen netizen
Geli hati admin baca komen dari sorang netizen ni. Entah la apa agaknya yang buat dia benci sangat kat Nabil tu ye. Dahsyat sungguh bawangnya. Hahaha!
Kepada peminat wanita yang offer nabil bersenggama tu, agak-agak la sikit. Ingat Nabil ni jenis deseperate ke. Jagalah maruah diri tu.
Sumber: Kosmo!/Harian Metro/rotikaya.com
No comments: