Che Ta Bengang Dengan Pengkritik Fesyen Kontroversi, Zaihani
‘Ish, ingat mulut je jahat rupanya hati pun busuk! Luar dalam sama buruk berkedut macam lace beropol.’
Kontroversi yang dicetuskan oleh pengulas dan pengkritik fesyen, Zaihani Mohd Zain masih belum reda. Kenyataannya tentang seorang lelaki berbadan besar dan duduk terkangkang sehingga menggangung ruang peribadinya ketika menghadiri majlis fesyen sebelum ini dikecam netizen.
Selain netizen, para selebriti lain juga terutama selebriti yang berbadan gempal melebihi berat 60kg turut terkesan dengan kenyataan itu.
Sebelum ini, menerusi Harian Metro, Zaihani turut menyatakan permohonan maaf di atas perkara tersebut selain tidak berniat untuk menghina golongan berbadan besar.
Sebenarnya, luahannya di Facebook yang viral baru-baru ini hanyalah untuk kenalannya sahaja dan rupa-rupanya Zaihani telah mengenalpasti individu yang telah menyebarkan perkara tersebut dan telah mendedahkannya di ruangan komen Instagram.
Dakwa Zaihani, individu yang bertanggungjawab menyebarkan screenshot mengenai luahan hatinya itu adalah pengurus Rozita Che Wan (Che Ta), Afiq Wahab dan dia turut menyarankan supaya pereka tempatan tidak menaja baju kepada Che Ta gara-gara perkara tersebut. Tidak dapat dipastikan sama ada Zaihani betul-betul serius ataupun hanya bersandiwara.
Bengang Zaihani, Che Ta tanpa bertapis melenting dan meluahkan apa yang dirasakan olehnya di akaun Instagram miliknya.
Mari kita nantikan apa pula episod seterusnya yang bakal menimpa super model kita, Aunty Zaihani ni. Lepas satu, satu. Kasihan.
Credit: Rotikaya




No comments: