Header Ads

Richard Huckle: Pedofil Durjana Britain Yang Memangsakan Kanak-Kanak Malaysia Selama 9 Tahun

Mungkin ada yang tak tahu siapa mamat ni, Takpe, I perkenalkan, Nama dia Richard Huckle. Dia seorang pedofil. Tahun 2016, dia dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup sebanyak 23 kali sebab dera secara seksual 23 orang Malaysian children & upload video penderaan itu ke dark web.

Macam mana kegiatannya diketahui? Sebenarnya, dia buat jenayah ni hampir keseluruhannya di Malaysia, tapi tak ada orang sini yg sedar. Yang mula detect kegiatan dia ialah polis Australia, Mula-mula sekali, polis sana dan Europe dapat tahu tentang satu forum di dark web.

Forum ni dipanggil True Love Zone. Password-protected, encrypted dan dilindungi specialist software. Semua members adalah anonymous. Kat Forum ni, semua members dia diwajibkan upload gambar & video penderaan seksual kanak-kanak secara berkala, kalau tak kena kick.

So polis Australia & Europe bekerjasama dapatkan maklumat padal forum TLZ ni. Dorang spend masa browse forum tu & laman2 chat kat dark web, dan Internet biasa (WWW) then dorang perasan yang founder dia suka guna greeting yang pelik, iaitu 'Hiyas'.

The next thing they did, dorang cari di Internet biasa, siapa yang suka guna greeting 'Hiyas' ni. Dan dorang terjumpa satu akaun Facebook yang juga guna greeting tersebut. Tapi akaun tu akaun palsu. However, ada satu gambar kenderaan dalam akaun tu.

Richard Huckle: Pedofil Durjana Britain Yang Memangsakan Kanak-Kanak Malaysia Selama 9 Tahun

Dari gambar tu, dorang kesan satu individu bernama Shannon McCoole, dia ni kerja kat nursery kat Adelaide, Australia. Tahun ni patut umur Shannon ni 35 tahun.  So dah dapat kesan dia, polis sana pegi tangkap. Masa ditahan, dia tengah browse forum TLZ tu.

Dorang amik gambar tangan Shannon, pastu dekat tangan dia ada satu tanda lahir yang serupa dengan tangan dalam gambar-gambar abuse kat TLZ. Itu pun dah cukup untuk dakwa dia di mahkamah. So bila dia dah kena tangkap, browser dia masih dalam keadaan login ke TLZ.

Polis guna login dia untuk browse forum tu, pastu dorang perasan satu member yang femes kat forum tu sebab dia banyak upload gambar & video. Member tu si Richard Huckle tadilah. Huckle ni memang menonjol sebab perangai cakap besar dan pelik sikit kat dalam forum tu.

Disebabkan dia ni juga seorang yg agresif dan material abuse yang dia upload terlalu banyak, polis Australia dapatkan maklumat dia di WWW. Didapati dia ni rakyat Britain, tinggal di Malaysia secara tetap sejak 2010. 

Dia mengaku diri dia pastor Kristian dan tinggal di kawasan kampung, pinggir bandar ibu kota. Dia pandai tangkap gambar. So kat kampung tu dia jadi photographer seccara percuma, di samping ajar children sana English. Dia juga tinggal sebagai kawan dengan satu keluarga berbangsa India di situ.

Hasil browse Facebook dan laman web dia, polis Australia dapat maklumat dia akan balik ke Britain pada Disember 2014 untuk sambut Krismas. Polis Australia & Britain bekerjasama & sangat careful sebab takut mamat ni terlepas. Semua perancangan menjadi, so Huckle ditahan sebaik tiba kat lapangan terbang Gatwick oleh pegawai-pegawai dari Bahagian Eksploitasi Kanak-kanak & bahagian Perlindungan Dalam Talian NCA.

Kisah Pedofil Durjana Britain, Richard Huckle Yang Memangsakan Kanak-Kanak Malaysia Selama 9 Tahun

Komputer dan hard disk dia encrypted, bila dapat dibuka, didapati dalamnya ada berpuluh ribu gambar dan video penderaan seksual kanak-kanak.

Tapi sebelum dapat buka tu dia tak nak jawab sebarang soalan polis. Dia dijamin keluar lokap dengan syarat dia hanya boleh ada kat rumah parents dia. Masa kat rumah, mak dia tanya betul ke dia terlibat aktiviti seksual dengan children. Finally dia mengaku. Mak dia sgt terkejut.

Terkejut & marah, mak dia sendiri dgn bapa dia telefon polis dan merayu polis ambil Huckle, cakap dah disowned dia dan tak nak tinggal dgn dia lagi.

Masa ni polis datang dan sebab dia dah mengaku kat parents, dia bagi polis buka hard disk dan laptop untuk dapatkan bukti.

Dari satu hard disk dan satu laptop tu je dorang jumpa berpuluh ribu gambar dan video, ada dua lagi hard disk yang Huckle tak bagi buka so jumlah bahan deraan yang dia simpan dan mangsa dia yg diketahui 200 orang sebenarnya mungkin lebih lagi.

Jumlah sebenar bahan yang ditemui ialah 20,253.  Lepas ditahan awal 2015, Huckle spend masa dalam penjara sementara polis dan pakar buat siasatan. Jan 2016, dalam court-hearing, Huckle tak mengaku salah atas 91 pertuduhan. Pertuduhan ni punya banyak sampai nak baca pun ambil masa lebih sejam. Pihak pendakwaan menyiapkan bahan untuk tiga perbicaraan berbeza sebab dorang tak rasa juri sanggup tengok semua bukti grafik melalui satu perbicaraan saja. 

Dalam perbicaraan pertama, Huckle mengaku bersalah atas 71 dari 91 pertuduhan. Itu pun dia siap request yang disturbing, nak tengok balik semua gambar dan video yang digunakan dalam pertuduhan atas dia. Tapi jangan haraplah dorang nak bagi, kan? 

Pedofil Richard Huckle

20 lagi pertuduhan pendakwaraya simpan dalam fail je sebab 71 pertuduhan tu dah cukup untuk beri Huckle hukuman penjara yang panjang.

Also, semua pendakwaraya kesian nak bagi juri tengok bahan bukti untuk 20 lagi pertuduhan tu. 

Semua juri telah berjumpa pakar psikiatri lepas tu untuk pastikan mental mereka tak terganggu lepas tengok sekian banyak bahan bukti yang disturbing.

So masa perbicaraan ni la lebih banyak details mengenai mamat ni dan kegiatan dia diketahui semua orang.

Richard Huckle ni digelar pedofil paling jahat dalam sejarah Britain. Ada sebabnya. 

Kat negara barat dan Australia, hukuman untuk kegiatan pedofil ni sangat berat dan predators diburu hingga ke lubang cacing.

At least, kat negara sana ia satu bentuk jenayah yang sangat seriuslah dan tahap kesedaran orang awam mengenainya sangat tinggi. 

Jadi untuk orang macam Huckle, dia tahu keinginan seksualnya sebagai seorang pedo dengan cepat saja boleh mencurigakan penduduk kat sana.

Dia tahu dia senang terkantoi, so kat sana, dia taklah buat benda pelik-pelik sangat dan orang tak perasan aktiviti dia. Akal licik dia memikirkan, sebagai orang kulit putih, orang Asia akan sukakan dia. Dia tahu, tahap kesedaran orang Asia mengenai pedofilia adalah kurang dan dia dengan mudah boleh menjalankan aktivitinya tanpa dikesan.

Pedofil Richard Huckle

Kalau  nak ikut laporan FBI, berdasarkan kes-kes dalam siasatan mereka, pedofil ni memang senang nak blend dengan masyarakat dan nampak baik. Untuk Richard, bagi melindungi kegiatan dia, dia tunjuk macam dia buat aktiviti keagamaan, sebab tu dia diterima di Malaysia. Dia gunakan skill fotografi, offer tangkap gambar free buat penduduk kampung dalam aktiviti komuniti kat kampung tu. Gambar dia boleh tahan cantik (I traced walaupun website dia defunct by the time Malaysians tahu pasal dia).

Ok, first time Huckle ambil gambar child abuse ialah tahun 2005, masa tinggal dengan satu keluarga kat Kemboja. Tahun 2006, dia pindah ke Malaysia dan start tahun ni dia mula ‘mengganas’, masa ni dia amik gambar dua sibling (girls), umur 4 & 6 tahun.

Tahun 2007 dia tinggal balik dengan family dua beradik tu, sambil jadi cikgu English kat kampung tu.

(Based on what I’ve read, I believe dua beradik perempuan ni yang dia sexually abused dari umur 4 & 6 tu sampai umur 12.)

Tahun 2010, dia jadi penduduk tetap negara ni, belajar dalam bidang IT di KL Metropolitan University (KLMU), sambil tu jadi photographer. 

Pedofil Richard Huckle

Dan di kampung yang I cakap tadi ni, dia dah berjaya membina kepercayaan penduduk di situ.

Dan licik dia ni, kat media sosial dia di WWW (FB, Twitter--ya dia ada Twitter, dan travel blog), dia upload gambar dia dengan children yang normal saja. Nampak macam dia mesra dan sayangkan semua kanak-kanak tu.

Di blog, profil dia:

"Seorang yang minat mengembara. Saya menghabiskan masa selama lapan tahun di Malaysia untuk menambah pengetahuan dan pengalaman fotografi dan pengembaraan." 

Orang Malaysia yang kenal dia cakap dia sejenis pendiam, suka mengelak dari bercakap dan kalau dia cakap dengan kau pun dia tak pandang mata. Dia banyak fokus pada kerja dia tapi anehnya (unsurprisingly) dia cepat mesra dengan budak-budak.

Tapi kat dark web, dia buat documentation setiap penderaan seksual yang dia buat kat budak-budak, dan paling kurang ajar, dia nak dapat income dengan hasilkan child pornography. Duit yang dia dapat dia nak gunakan untuk fund aktiviti pedo dia kat sini. Siapa yang beli produk dia? Orang kat Dark Web la. So, sekarang korang faham kenapa orang yang simpan child porn ni pun boleh kena hukuman berat kat sana?

Because, ada permintaan untuk child porn. Pedo sanggup bayar untuk dapatkan bahan ni. 

Selagi ada permintaan, predators akan terus cari kanak-kanak, jadikan dorang mangsa. Selagi permintaan tak berhenti, selagi tu ada kanak-kanak jadi korban nafsu dorang.

Pedofil Richard Huckle

Ok, untuk sepanjang tahun-tahun Huckle di Malaysia, sekali-sekala dia balik ke England untuk celebrate birthdays dan Krismas. Tapi bolehlah dikatakan, dia bermaharajalela di negara ini memandangkan penduduk kampung percayakan dia.

Mula-mula, semua abuse material yang dia buat ialah simpanan peribadi dia saja. Sejak tahun 2013, dia start upload gambar dan video lucah yang dia buat ke TLZ. Dia dikira ahli VIP di TLZ ni, sebab dia takde masalah untuk upload bahan-bahan fresh (kena upload yang baru saja).

Ahli-ahli VIP di TLZ ni ada laman chat khas di situ, ahli biasa tak boleh masuk. Mostly, kat laman khas ni Huckle cerita pasal aktiviti dia, kejayaan dia manipulasi keluarga mangsa, dan kejayaan dia merogol dan mencabul tanpa dikesan.

Dia punyala bangga dapat tipu orang sini, dia siap cakap nak jadikan pedofilia tu full-time job dia. 

Dia siap cakap dia nak buka orphanage, pastu dia nak dera kanak-kanak kat orphanage tu. Bila dorang besar dorang keluar, dia akan dapat supply kanak-kanak baru untuk didera.

Setiap apa yang dia buat pada kanak-kanak dia tulis dalam satu buku ledger, macam achievement unlocked la kot. Dari catatan buku ledger ni la penyiasat dapati, jumlah kanak-kanak yang dia abuse ialah 200, tapi dalam bentuk bukti photographic & video ada 29 mangsa.

Bila masa dia buat semua ni? 

Pedofil Richard Huckle

Dia selalu offer bawak budak dari rumah anak yatim kelur berjalan & temankan budak-budak ni balik rumah lepas keluar, kadang-kadang offer babysit anak-anak orang. Tiap bulan, dia upload 20-30 megabait data ke TLZ.

Masa forum tu still up and running, ia ada at least 45K members. Huckle brag:

“Aku dapat jackpot, girl 3 tahun ni dengar cakap aku macam anjing & tiada siapa peduli. Aku boleh lakukan seks dengannya berapa kali pun yang aku nak sampai bosan.

Tapi at least sekarang dia boleh dipergunakan untuk bisnes supaya aku dapat dana (pedofilia).”

Sebab Huckle rasa dia dah terel sangat, dia siap buat satu buku panduan  untuk mana-mana western pedo jadi berjaya macam dia.

Dia tulis dan jual buku ‘Pedophiles & Poverty: Child Lover Guide’ sebagai panduan.

Tahun 2014, dia dera seksual baby girl 6 bulan & buat rekod PedoPoints dalam bentuk online chart kat TLZ. Dia strip off girl 2 tahun, snap gambar, intimately touched her dan perform sexual acts on her, pastu bagi diri dia 6 markah. Nov 2013 to Nov 2014, markah dia kumpul 1,305. Dia suruh budak-budak ni pegang banner dengan mesej-mesej lucah pastu dia ambil gambar, upload TLZ.

Di blog dia, dia brag kat followers:

"Menakjubkan, aku still boleh have sex dengan child lover yang sama bertahun-tahun lamanya, dan tak siapa tahu. Aku harap dengan gambar-gambar ni semua korang seronok tengok dia develop. Ingat senang ke korang nak tengok badan budak 5 tahun dan 12 tahun yang sama dan buat comparison?”

Dia brag lagi dan lagi:

“Kenalah ada sesuatu yang sangat serius berlaku untuk menghentikan atau melambatkan aktiviti aku kat sini. Takde apa-apa  kesan buruk pun yang aku dapat dari perbuatan aku kat sini, so korang rasa aku nak belajar pasal apa lagi?”

Dia tak peduli girls or boys, semua dirogol monster ni. Even baby yang pakai lampin pun dia dera.

Huckle, yang stay kat (188) Godinton Road, di Ashford, Kent, mengaku bersalah atas 31 pertuduhan serangan seksual terhadap kanak-kanak di bawah umur 13; 12 pertuduhan mengambil gambar lucah kanak-kanak; enam pertuduhan melakukan penetrasi seksual terhadap kanak-kanak; 13 pertuduhan merogol kanak-kanak bawah umur 13; tiga pertuduhan menyebabkan kanak-kanak bawah 13 melakukan aktiviti seksual; tiga pertuduhan menyebabkan kanak-kanak bawah 13 tahun terbabit dalam aktiviti seksual melibatkan penetrasi, menyusun atau mempermudah perlakuan jenayah seks kanak-kanak dengan menulis manual penderaan seksual, serta menghasilkan 20,253 gambar lucah; dan mengiklankan pornografi kanak-kanak.

Pedofil Richard Huckle

Ketua Operasi HCA, Tony Cook cakap:

“Tiada keraguan bahawa kuantiti dan kualiti perlakuan Huckle akan bertambah sekiranya tidak ditahan. Dia hanya berusia 30 tahun. Kita hanya boleh bayangkan apa lagi yang bakal dia lakukan sekiranya dia tidak ditangkap.”

Bagi dia, Huckle orang yang buruk akhlak, belum ada kes seburuk ini berlaku sebelum ni.

“Dia telah melepaskan diri selama sembilan tahun tapi kini kita dapat melihat dia dihukum kesan perbuatannya.

Kes ini diharap dapat memberi mesej kepada penjenayah transnasional (yang mengembara untuk melakukan jenayah di negara lain) bahawa mereka akan tetap diadili walaupun perlu mengembara ke negara sejauh Malaysia untuk melakukan jenayah seperti ini”

So, apa jadi dengan mangsa Huckle?

The sad part was, parents keluarga mangsa Huckle dan orang kampung yang percaya kat dia mula-mula in denial pasal ni. Bila wartawan local dan international datang kampung dorang, dorang macam terkejut dan jadi unfriendly. Understandable, kan?

Dorang tak sangka, sekor Mat Salleh yang dilayan begitu baik rupanya buat khianat kat dorang dan rosakkan masa depan budak-budak kampung dorang.

Dengan bantuan NGO, polis Malaysia minta polis Britain serahkan bahan bukti yang ada,  supaya budak-budak yang jadi mangsa Huckle dapat dikesan untuk diberikan perlindungan dan kaunseling. Polis Malaysia even minta orang ramai yang ada maklumat pasal mangsa Huckle untuk salurkan kat polis melalui e-mel.

What I traced, screenshots of the children photo I got from his defunct website, I gave to  the police using that email masa tu. 

(Jangan minta nak tengok gambar tu sekarang, identiti mangsa adalah sulit untuk melindungi mangsa, supaya dorang boleh hidup normal sementara sembuh dari trauma mereka. Kalau korang ada gambar mangsa, jangan edarkan.

Korang boleh didakwa dan dipenjara kalau edar maklumat macam tu bawah Akta Kanak-kanak 2001).

Dengan tertangkapnya pedo-pedo yang notorious di TLZ, polis Australia telah shut down TLZ pada 2015. So korang nak masuk dark web buat apa? Haha

Ada attempt untuk hidupkan lagi forum macam TLZ di situ. Ada yang dah kena shut down dengan polis, ada yang belum. Pedo masih mendunia kat situ, walaupun takde lagi forum sebesar TLZ.

Ketua Taskforce Argos (nama pasukan yang ditubuhkan khas untuk tangkap pedo TLZ),

Detektif Inspektor Jon Rouse kata, Huckle ada minat spesifik pada kanak-kanak dari kaum India & menerbitkan material dera yang prolifik.

Dan sebalik high-profile success polis kat dark web& di portal sulit yang popular The Onion Router (TOR), masih ramai pedo berkomunikasi menggunakan bulletin board kat dark web:

“Ada bod-bod yang menyerlah di TOR.

Mereka tidak takut atau memperlahankan aktiviti. Itulah sifat semulajadi ‘binatang-binatang’ ini.” 

Addendum: some of you may wonder macam mana polis Australia traced Huckle in WWW from dark web. Mamat ni ada background IT. Masuk dark web mesti pandai pakai proxy. He never showed his face or revealed his location. Dia guna username start dengan huruf 'K' kat dark web.

So memang mulanya susah nak locate siapa dia pada mulanya. But, Taskforce Argos pun ada pakar IT. Kalau korang perasan, bila korang tangkap gambar, buka page source ada maklumat 'metadata'. Metadata ni ialah maklumat unik gambar digital yang khusus untuk kamera tu saja.

Tulah, seterel-terel Huckle, dia lupa nak remove the metadata of some of the lewd pictures he uploaded to dark web. Using this metadata, Taskforce Argos cuba cari di WWW metadata yang serupa dengan yang di dark web. And they found profil Huckle kat satu photography website.

Maklumat metadata yang sama bermakna gambar abuse yang Huckle upload ke dark web menggunakan kamera yang sama dengan gambar yang dia upload ke WWW. Dari situ, dapat Facebook dia yang dorang dapat tahu dia balik ke England utk Krismas Dis 2014.

And maybe korang tertanya juga kenapa Huckle tak didakwa di Malaysia. Exactly, November 2014, polis Australia ada engage RMP untuk kesan lokasi Huckle. Tapi, di Malaysia, undang2 adalah rigid di mana sekadar gambar tak boleh dijadikan asas siasatan.

Di Malaysia, kena ada aduan dan testimoni mangsa, baru boleh buat siasatan dan pendakwaan. Memandangkan tiada aduan, polis kita tak dapat nak buat siasatan. Which is why, bila Huckle post kat FB kata nak balik kampung sambut Krismas, polis Australia engage polis Britain untuk tangkap Huckle di bawah Sex Tourism Act yang baru diperkenalkan. So, it is better for him to be tried in his birthland.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Walaupun pandai IT, it is dark web actually yang led Huckle to his downfall.

Sumber: Twitter @santeira

No comments:

Powered by Blogger.