Pengajaran Disebalik Kisah Percintaan Sufian Suhaimi Dan Elfira Loy
Media hiburan tempatan yang digemparkan dengan spekulasi status pertunangan pelakon Elfira Loy dan penyanyi Sufian Suhaimi akhirnya terjawab selepas ibu pelakon wanita itu, Filzah Yusoff, mengesahkan hubungan anaknya dengan Suffian sudah putus kepada sebuah agensi berita hari ini.
Elfira dan Sufian yang telah mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu dan mengikut perancangan awal, pasangan itu bakal disatukan awal bulan depan, Mac 2018, namun semuanya terhenti di pertengahan jalan.
Walaubagaimanapun, salah seorang pengguna twitter, Zulfaqar1994 telah memuat naik tweetnya yang memberi kesimpulan terhadap kisah suka duka Elfira dan Sufian.
Bak kata pepatah ‘wanita diuji saat dia tidak mempunyai apa-apa dan lelaki diuji saat dia memilki segalanya’.
Respon netizen
Netizen yang sememangnya menanti-nantikan peluang keemasan seperti ini telah mengambil kesempatan untuk melontarkan pendapat masing-masing mengenai masalah yang melanda kedua-dua pasangan artis tersebut.
Rata-rata netizen telah menyalahkan Sufian kerana bersifat tamak dan sombong yang akhirnya memakan diri sendiri.
Nasihat berunsur Islamik
Tidak kurangnya, ada juga netizen yang memberi nasihat berdasarkan agama Islam yang melarang umatnya untuk bermegah-megah semasa majlis pertunangan.
Mungkin ada hikmah disebalik semua ini jika mereka tidak ditakdirkan bersama kerana mungkin ada lagi pasangan yang lebih baik buat kedua-dua belah pihak ini.
Apa-apa pun, kita doakan semuanya dalam keadaan baik dan tidak bermasam muka kerana industri hiburan tempatan kecil sahaja. Balik-balik jumpa orang yang sama.
Sumber: ohmymedia.cc
No comments: