Header Ads

"Kita Nampak Mereka Happy, Tapi Kita Tak Tahu Apa Sebenarnya Yang Mereka Alami" - Sisi Gelap Disebalik Dunia Glamor Industri Kpop

Sebut sahaja pasal Kpop, pasti terngiang-ngiang lagu-lagu dan wajah artis-artis yang anda minati. Mana taknya, dah la kacak dan cantik, berbakat pulak tu! Hampir semua artis Kpop dikatakan memiliki pakej yang lengkap untuk menjadi idola pujaan.

Industri Kpop semakin berkembang maju dari hari ke hari. Sejak kebelakangan ini pula, banyak kumpulan baru yang muncul dengan lagu dan tarian yang hebat serta pakaian yang grand. Jika dilihat dengan mata kasar, kehidupan mereka memang sempurna.

"Kita Nampak Mereka Happy, Tapi Kita Tak Tahu Apa Sebenarnya Yang Mereka Alami" - Sisi Gelap Disebalik Dunia Glamor Industri Kpop

Namun begitu, tahukah anda bahawa sejak kematian penyanyi kumpulan Kpop Shinee, Jonghyun, ramai rakan artis lain yang tampil dan mendedahkan pernah mengalami depresi sehingga beberapa kali pernah terlintas untuk menamatkan kehidupan mereka.

Apakah sebenarnya penyebab kepada masalah ini? Kami senaraikan 5 sisi gelap industri Kpop bagi menjawab persoalan anda.

5 Sisi Gelap Disebalik Dunia Glamor Industri Kpop Yang Anda Tidak Tahu

1. Kontrak ‘perhambaan’

5 Sisi Gelap, Disebalik Dunia Glamor Industri Kpop Yang Ramai Tidak Tahu

Setiap individu yang ingin menjadi artis Kpop perlu menandatangani kontrak dengan syarikat yang bertanggungjawab dalam melatih mereka dari mula sehinggalah tamatnya kontrak tersebut. Syarikat ini akan melabur wang kepada individu tersebut dengan harapan artis mereka akan ‘menjana’ wang berkali ganda kepada syarikat di masa akan datang.

Namun tahukah anda, kontrak yang kononnya memberi manfaat kepada artis sebenarnya antara punca pelbagai masalah kerana tempoh yang terlalu lama sehingga 13 tahun! Dalam tempoh kontrak tersebut, artis perlu melakukan segala apa yang disuruh syarikat, bayaran juga belum tentu akan diberikan walaupun selepas debut.

2. Dipaksa membuat persembahan walaupun sakit

Sisi Gelap Disebalik Dunia Glamor Industri Kpop

Kehidupan artis Kpop hanya bertumpu di dalam studio untuk berlatih sepanjang masa. Kekurangan rehat menyebabkan artis Kpop mudah jatuh sakit ataupun tercedera daripada pergerakan tarian yang terlalu agresif. Sekiranya mereka jatuh sakit ketika sedang mempromosikan album baru, mereka tetap disuruh untuk berada di atas pentas.

Kini, peminat mungkin sudah biasa melihat artis Kpop kesayangan mereka membuat persembahan walaupun patah kaki atau tangan mahupun terkehel leher. Apabila dipersoalkan, syarikat mereka akan mengeluarkan kenyataan dengan memberitahu artis tersebut yang berdegil untuk naik ke pentas bagi menggembirakan peminat.

3. Tekanan untuk jadi sempurna

Sisi Gelap Disebalik Dunia Glamor Industri Kpop

Artis Kpop mendapat banyak tekanan sama ada daripada syarikat mahupun daripada peminat mereka untuk menjadi ibarat robot yang sempurna dari segi penampilan, percakapan dan gerak geri. Pantang salah sikit, mereka akan dikecam sehingga ada peminat yang membuat petisyen supaya artis tersebut tidak boleh muncul di kaca televisyen.

Bukan itu sahaja, setiap artis Kpop, perlu mempunyai badan yang kurus. Mereka akan ditertawakan jika berat badan bertambah dan kalau terlalu kurus pula, akan dituduh mempunyai eating disorder. Sekiranya artis tidak cantik pula, disuruh buat pembedahan plastik dan bila sudah buat, dikeji kerana kelihatan fake.

4. Sering diganggu peminat ‘sasaeng’

Sisi Gelap Disebalik Dunia Glamor Industri Kpop

Sasaeng merupakan term yang digunakan di Korea bagi menggambarkan peminat yang agresif dan terlampau taksub hingga sanggup mengganggu ketenteraman hidup artis kesayangan mereka. Bagi peminat sasaeng, gangguan yang dilakukan bertujuan untuk mendapatkan perhatian daripada artis Kpop tersebut.

Oleh kerana perbuatan dan sikap tidak masuk akal sasaeng, artis Kpop sentiasa berada dalam tekanan akibat tidak mempunyai masa untuk bersendirian. Terdapat banyak kes di mana sasaeng pecah masuk rumah atau studio untuk berjumpa dengan artis Kpop serta memasang kamera tersembunyi di rumah mereka dan ada juga yang meletakkan racun dalam minuman.

5. Dipaksa menjadi escort

Sisi Gelap Disebalik Dunia Glamor Industri Kpop

Industri seni di Korea terlalu kompetitif sehingga ada antara artis yang terpaksa atau dipaksa syarikat mereka untuk dijadikan ala-ala escort mahupun pelacur kepada golongan eksekutif supaya mudah dan banyak mendapat tawaran kerja serta untuk membantu dari segi kewangan syarikat. Yang mengejutkan, ini bukan sahaja berlaku kepada perempuan, tetapi kepada lelaki juga.

Selain itu, ramai juga pelatih bawah umur yang menjadi mangsa kepada CEO syarikat pengurusan serta pengurus yang tidak putus mengambil kesempatan untuk memuaskan nafsu mereka. Kebanyakan pelatih memilih untuk mendiamkan diri kerana diugut dibuang dari syarikat sekiranya memberitahu hal tersebut kepada sesiapa.

Terkejut? Namun, itulah realiti menjadi seorang artis Kpop disebalik pakaian yang glamor dan senyuman setiap kali membuat persembahan. Syarikat pengurusan yang sudah menempah nama mungkin kurang atau tidak lagi melakukan perkara ini kepada artis-artis mereka. Tetapi, pelbagai perkara yang tak tercapai dek akal masih berlaku kepada artis Kpop yang berada di bawah syarikat kurang popular.

Nampak gembira je mereka, tetapi hakikatnya…

No comments:

Powered by Blogger.