Header Ads

Kisah Puteri Esmat Al-Dowleh, Menjadi Kegilaan Sehingga 13 Pemuda Sanggup Membunuh Diri

Wanita keturunan bangsa Persia sangat dikenali dengan hidung mancung dengan sorotan mata galak yang menggoda. Itu jugalah yang membuatkan ramai lelaki di seluruh pelusuk dunia mencari jodoh di negara-negara Iran, Turki (keturunan Persia) dan sekitarnya. Namun siapa sangka, pada tahun 1850-an standard (citarasa) bangsa Persia sangat berbeza dengan sekarang.

Melihatkan wajahnya mungkin ramai tidak percaya yang bermisai dan badan agak berisi merupakan ciri-ciri seorang wanita cantik zaman dahulu di Persia. Dan yang paling terkenal dengan kecantikan itu adalah Esmat al-Dowleh, salah seorang puteri raja waktu itu yang menjadi inspirasi dan kata budak-budak Kpop, ‘idol’ wanita cantik bagi penduduknya.

Kisah Puteri Esmat Al-Dowleh, Menjadi Kegilaan Sehingga 13 Pemuda Sanggup Membunuh Diri

Anak perempuan dari Raja Nasir al-Din Shah Qajar ini menjadi rebutan ramai lelaki kerana waktu itu dianggap adalah yang paling mempesona.

Puteri Esmat juga terkenal sebagai pemain piano pertama pada zamannya. Hal ini diketahui ketika ayahnya mengimport piano ke Persia. Tidak hanya itu, kegemarannya dalam menulis juga membuatkan ayahnya semakin bangga melihat puterinya yang menjadi idola rakyat kerana berkebolehan dan cantik. Puteri hebat ini juga dikenali sebagai “keberanian melampaui kebanyakan wanita” ketika itu.

Puteri Esmat Al-Dowleh, Menjadi Kegilaan Ramai Sehingga 13 Pemuda Bunuh Diri

Namun kisah hidup Puteri Esmat menjadi lagenda kerana walaupun sudah berkali-kali dilamar oleh ramai jejaka namun kebanyakannya berakhir dengan penolakan. Menurut cerita, terdapat 13 orang di antara mereka membunuh diri kerana lamaran mereka ditolak. (biar betul!)

Walaupun beliau gemar menolak lamaran sesuka hati (al-maklumlah orang cantik…), namun akhirnya beliau terpaksa akur apabila bapanya, Raja Nasir al-Din mengahwinkan beliau dengan salah seorang jeneral muslim hebat pada abad ke-12 iaitu Nur ad-Din Zangi. Perkahwinan ini meruapakan salah satu syarat dalam perikatan rundingan ayahnya dengan pihak Zengid dari Aleppo.

Puteri Esmat Al-Dowleh, Menjadi Kegilaan Ramai Sehingga 13 Pemuda Bunuh Diri

Apabila suaminya meninggal dunia, sekali lagi Esmat bernikah dengan salah seorang jeneral kerajaan peninggalan suaminya yang bernama, Salahudin. Sepuluh tahun kemudiannya, Puteri Esmat jatuh sakit akibat wabak Malaria (ketika itu penawar Malaria belum ditemui}. Beliau akhirnya meninggal dunia pada 26 Januari 1186 dan berita itu hanya diketahui oleh suaminya, Salahudin 3 bulan selepas kematiannya. Dia akhirnya dikebumikan di Jamaa ‘al-Jadid di Damsyik.

Di Damsyik, dia adalah pelindung bangunan agama, termasuk madrasah dan makam bagi bapanya.

Apabila melihat wajahnya di foto terus rasa kagum dan respect pada wanita ini. Tidak perlu plastik surgeri dan krim pemutih untuk menjadi cantik dan tidak perlu aplikasi ‘beauty’ untuk nampak perfect depan kamera. Hanya perlu jadi diri sendiri.

Puteri Esmat Al-Dowleh, Menjadi Kegilaan Ramai Sehingga 13 Pemuda Bunuh Diri

Tapi ada ke orang yang berani pakai macam ni sekarang ??

No comments:

Powered by Blogger.