Header Ads

Dalang Sebenar Disebalik Tenggelamnya Kapal Titanic

DISEBALIK TENGGELAMNYA KAPAL TITANIC

Federal Reserve Bank of America adalah bank yg ditubuhkan oleh Rothchild menerusi agennya dan dengan menghalang penubuhan bank ini bermakna orang itu menghalang plan dan agenda Rothchild untuk menguasai Amerika dan seperti yg kita tau, siapa yg menentang akan dibunuh.

Harus diketahui tanda tangan atau signature perbuatan Dajjal tiada siapa boleh kesan, akan banyak teori wujud, ramai akan jadi suspek. Itu adalah Signature Dajjal.

Dalang Sebenar Disebalik Tenggelamnya Kapal Titanic

Di bawah ini adalah wajah mereka yang menghalang penubuhan Federal Reserve Bank of America yang ditubuhkan oleh Rothschild & Rockefeller. Penubuhan badan yang bakal menguasai kewangan dunia. “They all perished”. Mati dalam kapal Titanic.

Kapal Titanic Tenggelam. Perancangan Siapa?

ROTHSCHILD MERANCANG PEMBUNUHAN

Pada 14 April 1912, dunia telah dikejutkan dengan karamnya sebuah kapal penumpang terbesar pada zaman tersebut di mana tragedi tersebut telah membunuh kira-kira 1500 penumpang dan telah diklasifikasikan salah satu tragedi terburuk dalam sejarah dunia.

Mengikut fakta yang sedia kita maklum, punca karamnya TITANIC adalah disebabkan berlaku perlanggaran antara kapal tersebut dengan iceberg. 

Dalam tempoh masa 2 jam selepas perlanggaran berlaku, kapal yang memuatkan ribuan orang kaya ternama itu, telah dilaporkan karam sepenuhnya.

Namun,terdapat satu fakta lain yang dikatakan bercanggah dengan fakta umum yang diwar-warkan sebelum ini. 

Kapal Titanic Tenggelam. Perancangan Siapa?

Kita sedia maklum bahawa sejarah dunia telah diputarbelit, kerana MEDIA dikuasai oleh Rothschild.

Mengikut satu pendedahan oleh bekas ahli Illuminati yang dikeluarkan sebelum ini mendapati bahawa kapal titanic sebenarnya sengaja dikaramkan!

Ia telah dirancang dengan rapi dengan satu sebab utama. 

Titanic sengaja dikaramkan atas alasan untuk membunuh 3 jutawan ternama Amerika pada waktu itu iaitu:

1) Isidor Straus – co-owner of Macy’s department store.

2) Benjamin Guggenheim – Ahli perniagaan Amerika dan pewaris lombong emas, perak dan tembaga.

3) John Jacob Astor IV – Ahli perniagaan Amerika, jutawan hartanah, pelabur, penulis, leftenan kolonel dalam perang Sepanyol-Amerika. Merupakan orang terkaya di dunia pada waktu itu.

TUJUAN MEREKA DIBUNUH 

Jadi, persoalannya, apa alasan untuk ketiga-tiga mereka ini perlu dibunuh???

Sebelum berlakunya tragedi tersebut,ketiga-tiga mereka ini merupakan ‘Duri Dalam Daging’ kepada institusi perbankan di Amerika pada waktu itu kerana menentang penubuhan Federal Reserve.

Penubuhan Federal Reserve telah dirancang oleh Rothschild, Rockefeller and J. P. Morgan. 

Mereka merupakan orang terpenting dalam institusi perbankan dunia pada waktu itu. Federal Reserve membolehkan wang dicetak tanpa perlu bersandarkan kepada mana-mana sumber seperti emas. 

Hal ini akan membuatkan hutang Amerika bertambah dan akhirnya keseluruhan negara tersebut akan dikuasai oleh Rothschild, Rockefeller and J. P. Morgan. Itu perancangan kasarnya.

Kapal Titanic Tenggelam. Perancangan Siapa?

Disebabkan hal ini, ketiga-tiga jutawan Amerika tersebut, Straus, Guggenheim & Jacob Astor mengambil tindakan menentang sekeras-kerasnya penubuhan Federal Reserve.

Selepas kematian ketiga-tiga jutawan tersebut (Straus, Guggenheim & Jacob Astor), Federal Reserve telah berjaya ditubuhkan tanpa sebarang sekatan pada 23 Disember 1913. 

Titanic karam pada 14 April 1912, tarikh yang sama dengan pembunuhan Abraham Lincoln yang menolak Federal Reserve.

Tarikh ini sengaja dirancang oleh Rothschild kerana permainan ‘angka’ adalah agama Illuminati yang berkaitan dengan sihir.

Salah satu fakta logik yang perlu anda tahu adalah, J.P. Morgan sepatutnya turut menyertai pelayaran bersama Titanic namun telah menarik diri di saat akhir. 

Adakah ia kebetulan???

Wallahualam..

Sumber: zulsegamat.wordpress.com

No comments:

Powered by Blogger.