"Bila Dah Tengok Rebecca Perli Eina, Baru Faham Macam Mana Baik Pun Kita Dengan Seseorang, Jangan Cerita 100% Tentang Kita"
Baru-baru ini, jadi kecoh di laman media sosial setelah Datin Rebecca memuatnaik sebuah status yang mengecam rakan artisnya menerusi Instagram Story. Di dalam IG Story tersebut, Rebecca telah mengecam tindakan rakan artisnya yang juga berpangkat Datin seperti beliau kerana telah memburuk-burukkan dirinya di belakangnya.
Sudah agak lama juga tidak mendengar perkembangan terbaru pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam. Terbaru, melalui Instagram stories, Rebecca telah memuat naik beberapa nota menghentam seseorang yang digelarnya ‘Datin bermuka mayat’.
Rebecca mendakwa telah menyekat Datin tersebut yang didakwanya telah menghasut semua kawan-kawan Rebecca untuk membencinya. Rebecca juga meminta suami wanita tersebut yang digelarnya ‘Dato” untuk menemuinya bagi Rebecca menceritakan perbuatan isterinya yang dikatakan ‘jahat’.
Nota Rebecca yang disiarkan di akaun Instagram miliknya.
Rebecca juga memuat naik beberapa screenshot perbualannya dengan beberapa orang pengguna Instagram mengenai Datin tersebut.
Jika benar dakwaan tersebut, ia sesuatu yang serius, bagaimanapun, tidak dapat dipastikan dengan jelas siapakah ‘Datin Muka Mayat’ yang dimaksudkan oleh Rebecca dan setakat entri ditulis, identiti Datin tersebut masih misteri.
Tonton video Rebecca Nur Al-Islam tak puas hati dengan siapa ni?
No comments: