Header Ads

Polisi baharu Air Asia di KLIA 2, hadir 4 jam lebih awal daripada waktu tiket

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini, laman rasmi Twitter Air Asia telah mengeluarkan kenyataan penting untuk para penumpang yang bakal menaiki kapal terbang bulan Januari ini.

Pihak Malaysia Airlines Holdings Berhad (MAhB) sedang melakukan proses penambahbaikan di KLIA 2 bagi memudahkan para pengguna.

Polisi baharu Air Asia di KLIA 2, hadir 4 jam lebih awal daripada waktu tiket

Oleh sebab itu, satu pengumuman dikeluarkan oleh pihak Air Asia bagi memudahkan pergerakan para penumpangnya.

Pengumuman tersebut mengatakan,”Berkuatkuasa pada 15-25 Januari, kaunter W di KLIA 2 akan ditutup bagi memudahkan proses penambahbaikkan oleh pihak MAHB untuk pemasangan mesin daftar masuk beg sendiri. Para penumpang yang ingin mendaftar masuk beg dinasihati untuk hadir seawal tiga jam bagi Air Asia dan seawal empat jam awal bagi Air Asia X.”

Hadir 4 jam lebih awal daripada waktu tiket, polisi baharu Air Asia di KLIA 2

Menurut Sinar Harian, pihak MAHB akan menyediakan 15 kaunter di barisan V dan W di Lapangan Terbang Antarabangsa  KL 2 (KLIA2) dengan kemudahan daftar masuk bagasi sendiri atau ‘self-baggage drop’ (SBD) antara 7 Januari dan 11 Februari, 2018.

Selepas kemudahan ini sedia dilaksanakan, 25 juta penumpang Air Asia dalam masa setahun dijangka memperoleh manfaat ini.

Hadir 4 jam lebih awal daripada waktu tiket, polisi baharu Air Asia di KLIA 2

Sistem SBD ini mampu mengurangkan masa giliran mendaftar masuk bag bagasi daripada dua minit setengah kepada satu minit sahaja.

Inisiatif ini mampu melancarkan pergerakan penumpang yang ramai dan tidak perlu beratur panjang lagi.

Sumber: sinarharian.com/Air Asia

No comments:

Powered by Blogger.