Header Ads

Inilah 5 Tempat Paling Berhantu Di Malaysia Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Bila sebut sahaja berkenaan hantu, pasti ramai yang terbayang beberapa ciri-ciri hantu yang biasa anda lihat di kaca televisyen.

Antaranya adalah berambut panjang, muka mengerikan, di lumuri darah dan macam-macam lagi.

Sebenarnya ada beberapa kawasan atau tempat di Malaysia ini mempunyai kisah-kisah misteri yang dikaitkan dengan hantu dan masih ramai tidak tahu.

Semua tempat ini disenarakikan berdasarkan kisah-kisah yang kami dapat dari orang tempatan dan kesahihannya hanya yang berkenaan sahaja yang tahu.

Inilah 5 Tempat Paling Berhantu Di Malaysia Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

1. Highland Tower

5 Tempat Berhantu Di Malaysia Yang Masih Tidak Diketahui Ramai

Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan yang sangat menggemparkan satu ketika dulu.
Tragedi nahas yang meragut 48 nyawa ni bermula apabila satu daripada tiga blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, runtuh pada 11 Disember 1993.

Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan.

Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3.

Selepas kejadian itu pelbagai perkara seram telah berlaku di tapak lokasi kejadian tersebut antaranya kelihatan kelibat makhluk tanpa kepala dan sering juga kedengaran suara wanita menangis di tengah kepekatan malam.

2. Villa Nabila

5 Tempat Berhantu Di Malaysia Yang Masih Tidak Diketahui Ramai

Mengikut kisah, Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat.

Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya.

Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain.

Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut.

Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya.

Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula, namun si suami tetap dengan sifat tamaknya.

Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.

3. Taman Tema Mimaland, Gombak

5 Tempat Berhantu Di Malaysia Yang Masih Tidak Diketahui Ramai

Taman rekreasi ini terkenal pada era 80an dan ia mula dibina pada tahun 1971.

Nama Mimaland yang agak unik itu sebenarnya adalah singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land.

Ia dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak tidak jauh dari Kuala Lumpur.

Pembinaan Mimaland dibuat dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat.

Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Satu kemalangan telah terjadi di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun.

Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya bagi dilakukan kerja-kerja penambahbaikan.

Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakan pada dinding kolam renang yang sama yang berpunca daripada kejadian kecil tanah runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut.

Sekali lagi, kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.

Kini lokasi Mimaland terbiar begitu sahaja dan ramai juga orang bercerita mengenai kisah seram di lokasi tersebut antaranya kelibat manusia tanpa kepala dan sering kedengaran suara suara menyeramkan di kawasan itu apabila senja menjelma.

4. Amber Court, Genting Highland

5 Tempat Berhantu Di Malaysia Yang Masih Tidak Diketahui Ramai

Amber court adalah dua bangunan apartmen berkembar di pinggir Genting Highland yang dikatakan berhantu dan merupakan lokasi sering berlakunya kejadian bunuh diri bagi orang yang kalah judi di Genting Highlands.

Amber Court juga dikatakan mempunyai sebuah bilik misteri yang berpalang kononnya tempat menyimpan hantu kasino di Genting Highlands.

Terdapat pelbagai kisah seram yang diceritakan mengenai bangunan ini antaranya penginap akan mengalami kejadian aneh seperti TV terpasang sendiri.

Dan penginap juga pernah menemui satu lembaga tanpa kepala sedang mendukung anak di dalam lif.

5. Institut St Michael, Ipoh

5 Tempat Berhantu Di Malaysia Yang Masih Tidak Diketahui Ramai

Pada zaman perang dunia kedua, sekolah ini telah digunakan oleh tentera Jepun sebagai ibu pejabat mereka.

Pada ketika itu tentera Jepun sering menggunakan sekolah ini untuk menjalankan aktiviti penyiksaan terhadap tawanan perang.

Terdapat juga banyak terowong-terowong yang dibina oleh tentera Jepun untuk tujuan penyiksaan dan penyimpanan makanan.

Kawasan paling berhantu di sekolah ini ialah di gereja kecil yang terletak di sekolah ini. Kelihatan seorang mubaligh kristian berjubah hitam tanpa kepala sering duduk berdoa menghadap pintu pada waktu pagi.

Kebanyakan orang yang pernah melihatnya merahsiakan perkara ini.

No comments:

Powered by Blogger.