Wanita Cantik Kantoi Seludup Syabu Di Celah Kangkang Yang Berasal Dari Sabah
SULAWESI SELATAN – Polis Indonesia berjaya menggagalkan cubaan menyeludup dadah jenis syabu seberat 2.3 kg di Pelabuhan Nusantara Parepare, pada Jumaat.
Menurut laporan portal antarabangsa, salah seorang yang ditahan merupakan seorang wanita cantik daripada Sabah, dikenali sebagai Zahrina.
Maklumat wanita itu diperoleh menerusi dokumen perjalanannya yang dibawa bersama.
Ketika ditahan dan diperiksa oleh pegawai keselamatan, wanita berpewatakan ayu itu didapati mengepit dadah jenis syabu seberat 2.3 kg di celah kangkangnya.
Zahrina ditangkap bersama suami dan seorang lagi suspek lain yang sehingga kini belum dikenal identitinya lapor Sinar Harian.
Sebelum ini, ada juga kes penyeludupan yang melibatkan wanita Malaysia yang mungkin dijadikan kambing hitam dalam penyeludupan dadah.
Gadis Malaysia, Asal Tawau Ditangkap Bersama 500 Gram Syabu
Nunukan - Dua gadis warganegara Malaysia yang dipercayai berasal dari Tawau, Sabah telah ditangkap oleh pasukan Narkotik Nunukan Kalimantan Utara bersama 500 Gram Syabu semasa sibuk melayan pelanggan.
Pasukan Narkotik terbabit telah mengenakan pakaian preman dan menyamar menjadi pembeli telah berjaya menangkap dua wanita terbabit dengan bahan bukti, syabu seberat 500 Gram.
Pesalah dinyatakan sebagai Nur Amalia (27), yang berasal dari Kampung Jawa Lanut Tawau, Sabah dan Lisa binti Hamdan (22), yang berasal dari Jalan Apas Batu 3 Tawau lapor kabarkaltara.co.
Mereka telah dicekup berdekatan pejabat BNI, Sei Nyamuk Sebatik Timur.
"Kami melakukan penyamaran untuk membendung kemasukan syabu dari Tawau seperti yang telah dilaporkan sebelum ini. Pengedar ini akhirnya berjaya kami berkas."Kata koperal Nunukan AKBP. Jepri Yuniardi, Selasa (25/7/2017).
Dua wanita ini membawa paket besar dadah dengan mengambil upah setelah barang haram tersebut berjaya dijual. Mereka mendakwa menjadi kambing hitam.
Mereka mengaku baru pertama kali melakukan kegiatan ini kerana terpaksa menyara keluarga.
Menurut mereka, paket syabu terbabit adalah milik Andika, seorang pengedar syabu di Tawau, Sabah.
No comments: