Header Ads

"Orang Tua Nyanyuk" - Respon Berani Mati Korea Utara Isu Baitulmaqdis

Banyak negara-negara di dunia telah pun membantah Baitulmaqdis dijadikan ibu negara Israel. Di saat ramai tertanya apa pendirian musuh terkini Amerika, Korea Utara, akhirnya tokoh Korea Utara mula bersuara..

"Orang Tua Nyanyuk" - Respon Berani Mati Korea Utara Isu Baitulmaqdis

ORANG TUA NYANYUK

Korea Utara memberi gelaran ‘orang tua nyanyuk’ kepada Presiden, Donald Trump berhubung tindakannya mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Menurut media tempatan, gelaran itu menambah koleksi kata ejekan terhadap Presiden Amerika Syarikat itu.

Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un saling berbalas serangan lisan dan peribadi, sejak beberapa bulan kebelakangan ini dan ketegangan semakin memuncak selepas ancaman peluru berpandu dan nuklear oleh Pyongyang.

Isu Baitulmaqdis: Ini Respon Berani Mati Korea Utara

KOREA UTARA TIDAK BERSETUJU

Negara komunis itu turut menyertai kecaman antarabangsa yang tidak bersetuju keputusan Trump berhubung Baitulmaqdis, malah menyelar presiden AS itu sebagai ‘licik dan jahat’.

“Orang tua nyanyuk itu secara terang-terangan melakukan kemusnahan kepada sebuah negara berdaulat di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Bagi mereka yang mengenalinya, ia tidaklah mengejutkan sangat.

“Tindakannya itu jelas menunjukkan siapa sebenarnya yang cuba menghancurkan dunia, membunuh keamanan dan keamanan selain layak dipanggil penyangak antarabangsa,” kata jurucakap Kementerian Luar yang dipetik agensi berita KCNA.

Pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel yang diumumkan Trump pada Rabu lalu disusuli rancangan memindahkan Kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv bukan sahaja mengundang kemarahan dunia Islam tetapi turut menerima bantahan dan kritikan sekutu Washington. – AFP

Terkini: Penduduk Palestin Dan Tentera Israel BERTEMPUR. Allahuakbar.

Respon Berani Mati Korea Utara Isu Baitulmaqdis

Selepas Gaza diserang tentera Israel, terkini penduduk Palestin di Tebing Barat mula bertempur dengan tentera Israel. Doakan mereka dipermudahkan Allah. Aaamin. Baca selanjutnya…

PENDUDUK PALESTIN BALING BATU

Penduduk Palestin dan pasukan keselamatan Israel, bertempur di Baitulmaqdis dan Tebing Barat, hari ini susulan pengiktirafan bandar raya itu sebagai ibu kota Israel oleh Presiden Donald Trump.

Pertempuran dan pergaduhan tercetus di Kota Lama selain beberapa lokasi lagi, termasuk di Hebron, Baitulaham dan Nablus di Tebing Barat, selepas solat Jumaat, tetapi dilaporkan terkawal setakat ini.

Penduduk Palestin di beberapa kawasan membaling batu ke atas tentera Israel, yang membalas dengan bedilan gas pemedih mata dan peluru getah.

Respon Berani Mati Korea Utara Isu Baitulmaqdis

TENTERA ISRAEL CUBA SURAIKAN PENUNJUK PERASAAN

Di Kota Lama, kira-kira 50 anggota polis menyuraikan 300 penunjuk perasaan dengan menendang dan memukul mereka dengan baton.

Pertubuhan Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan, seorang cedera akibat terkena peluru hidup dan 12 lagi cedera akibat bedilan peluru getahi.

Ratusan polis tambahan ditempatkan di dan sekitar timur Kota Lama di Baitulmaqdis, lokasi Masjid Aqsa iaitu masjid ketiga paling suci dalam Islam.

Tentera Zionis juga menempatkan ratusan askar tambahan di Tebing Barat. – AFP

No comments:

Powered by Blogger.