"Daripada orang hormat, jadi benci pula" - Luahan Netizen Selepas Dengar Lagu 'Abang Nak Tegur' Aliff Syukri
Abang Nak Tegur...
Saya dimaklumkan, Datuk Aliff Syukri juga turut menyanyi sekarang ini. Feature dengan Nur Sajat. Tak tahulah sebab nak 'lawan' Dato' Seri Vida, atau memang cita-cita nak jadi penyanyi sejak kecil, atau strategi bisnes, atau apa...
Mari sini dengar, Abang (Saya) Nak Tegur... #SuratTerbukaBuatDatukAliffSyukri #TerlajakLaris
1) Muzik saya tak reti, tetapi cara nyanyian menyakitkan telinga. Not soothing at all. Honestly "I Am Me" is better. Lirik sangat over, ada unsur lucah yang jelas dan berpotensi mempengaruhi anak-anak muda dan ditambah dengan cara nyanyian suara yang sengaja dibuat-buat menggoda. Not good at all.
2) Adakah ini mencari publisiti atau populariti? Datuk Aliff sudah cukup popular. Saya nasihatkan tak perlulah mencari populariti sebegini, ia merosakkan reputasi Datuk Aliff. Daripada orang hormat, jadi benci pula.
3) Video yang di-release 23 Nov 2017 ini trending, tetapi dengan 69ribu dislikes berbanding 8ribu likes. Pertama kali masyarakat Malaysia 'berganding bahu' menge-dislike satu video secara beramai-ramai. Buat apa viral atau trending disebabkan negativiti, orang dislike, mesej negatif? Buat apa? Fikir-fikirkanlah...
4) Dengan imej isteri bertudung, Datuk Aliff pun dilihat islamik dalam membesarkan anak-anak, pemilihan konsep lagu separa-seksual, ingatkan nak tegur pasal jaga diri daripada salah langkah dalam bercinta tetapi sebaliknya seolah-olah menyuruh bercinta gaya negatif, tak perlu jaga pergaulan, belai-belai hingga terasa segala bagai, ayang kita ohsem berdua-duaan, saya fikir menggalakkan masyarakat, terutamanya anak-anak muda berdua-duaan secara sumbang mahram dan sebagainya, adalah terlalu buruk untuk dipamerkan oleh Datuk Aliff yang berimej sebegini.
5) Apatah lagi dengan pemilihan Nur Sajat yang dilihat berimej sangat seksi secara pemakaiannya (saya tak mahu komen isu lain yang kita semua tahu sensitif dan sering diperkatakan). Dengan lenggok nyanyiannya, aduhhhhh memang over. Tak sesuai dengan Datuk Aliff.
Kalau belum dengar lagu ni, lebih baik tak dengar daripada dengar. Takut berdarah telinga...
Bukan sebab lagu atau suara tak sedap, tetapi lirik dan kesan yang tak boleh diharap...
6) Sebagai seorang ayah, saya rasa patut malu jika anak-anak kita 'tengok' nyanyian sebegini... Apa perasaan Datuk apabila anak-anak Datuk tengok ni?
7) Apa perasaan Datuk apabila isteri Datuk 'tonton' nyanyian ini? Saya tak mahu mentelah secara berlebih, tetapi ada masanya jawapan "OK" yang diberi isteri tidak semestinya bermaksud "OK"... Kecuali dia pun sekepala, tak kisah apa tentang imej tudungnya, budi bahasanya, adabnya...
Saya pernah respek Datuk sebab jaga imej isteri, jaga anak-anak, bla bla bla.. Tetapi sekarang, aduhhhhh...
Abang (Saya) Nak Tegur, pilihlah untuk jadi ikon yang positif, yang soleh, yang baik...
Abang (Saya) Nak Tegur, Datuk tak perlu pun buat benda-benda sebegini, you've gained what you deserve, kenapa nak burukkan imej sendiri dengan perkara-perkara tak perlu sebegini... Bukankah baru lepas sponsor Pencetus Ummah dan Daie Nusantara?
Saya pula yang rasa malu 'tengok' lagu ini.
Kalaulah perform menyanyi lagu ni atas pentas dengan para penari yang pakai baju ketat menari terkinja-kinja, tak boleh nak bayangkan buruknyaaa...
Sumber: Facebook Syahr Musafir
No comments: