Header Ads

Anak Yang Dilahirkan Bukan Milik Pelakon Lelaki Popular Seperti Yang Didakwa, Wanita Minta Maaf

PETALING JAYA: Isu wanita yang mendakwa hamil selepas melakukan hubungan terlarang dengan seorang pelakon popular selesai apabila individu itu sudah melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA). 

Wanita berusia awal 20an itu berkata, dia juga sudah mengenal pasti lelaki yang bertanggungjawab terhadap bayi berkenaan.

Keputusan itu juga sekali gus menepis tuduhan yang dibuat awal bulan lalu sehingga mengaitkan beberapa artis lelaki.

Anak Yang Dilahirkan Bukan Milik Pelakon Lelaki Popular Seperti Yang Didakwa, Wanita Minta Maaf

"Saya sudah membuat ujian DNA dan ternyata anak itu bukan hubungan dengan mana-mana artis dan saya minta maaf jika ada yang menjadi mangsa fitnah selepas kenyataan saya tempoh hari.


"Saya harap dengan kenyataan saya ini dapat menjernihkan nama mana-mana artis yang terkait," ujarnya kepada mStar Online.

Antara paparan skrin antara wanita berkenaan dengan pelakon tersebut.

Wanita Minta Maaf Anak Yang Dilahirkan Bukan Milik Pelakon Lelaki Popular Seperti Yang Didakwa

Wanita Minta Maaf Anak Yang Dilahirkan Bukan Milik Pelakon Lelaki Popular Seperti Yang Didakwa

Dia mengakui kesilapanya dalam membuat tuduhan dengan terburu-buru sehingga memberi persepsi buruk kepada beberapa artis lelaki tanah air.

Wanita berkenaan juga tidak mahu perkara itu dibesarkan lagi berikutan dia juga bakal berkahwin dan memulakan hidup baharu dengan seorang lelaki.

"Saya akui kesilapan saya dalam membuat tuduhan melulu dan menyebabkan beberapa artis terkena tempias.

"Saya juga bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki yang sanggup menerima saya seadanya," ujar wanita itu.

Terdahulu, pada pada awal November lalu, wanita berkenaan mendedahkan hamil selepas bertemu semula dengan kekasih lamannya yang juga seorang aktor menerusi aplikasi Bego.

Dia melakukan pendedahan tersebut sebagai meminta pelakon drama itu tampil bertanggungjawab terhadap perkara berkenaan.

Sumber: Mstar Online

No comments:

Powered by Blogger.