Trend pelajar SPM sambut tamat zaman persekolahan di Malaysia
Setelah 10 tahun bergelar seorang pelajar, pastinya ramai yang rasa teruja setelah mereka berjaya menamatkan zaman persekolahan mereka.
Dalam tempoh satu dekad itu, pelbagai kenangan pahit dan manis telah ditempuhi bersama-sama dengan rakan-rakan sebaya yang bakal menjadi sebuah memori indah yang tidak mungkin akan berulang lagi.
Seperti di negara jiran, Indonesia, para pelajar sekolah di Malaysia juga cara yang tersendiri untuk meraikan hari-hari terakhir mereka bergelar pelajar sekolah setelah berakhirnya kertas peperiksaan SPM terakhir mereka.
Melihat ada kalanya cara sambutan sesetengah pelajar yang sedikit terlampau, seorang pengguna Facebook, Mai Izyani telah terpanggil untuk memberikan nasihat kepada pelajar-pelajar ini supaya tidak hanyut dengan kegembiraan sementara mereka itu.
Bukan masa awak ja akak nampak semua ni. Masa zaman akak sendiri, dah nampak depan mata. Pengetua siap berdiri di balkoni sekolah, tenung sahaja dari jauh perangai pelajar habis sekolah (SPM). Conteng baju sekolah, spray-spray warna sampailah ke dinding sekolah. Habis rosak. Lepastu teriak-teriak “MERDEKA!!!”. Kalah kera di hutan.
Kamu semua yakin sangat dah merdeka kenapa? Apakah ilmu dan sistem belajar di sekolah tu diertikan sebagai sebuah kepayahan hidup yang menyakitkan? Yang takda manfaat? Yang sia-sia? Yang menutup lubang-lubang keseronokan usia remaja? Dan peperiksaan itu pula apakah satu kezaliman pada akal fikiran?
Kalau kamu punyai jawapan yang menunjukkan kehidupan lebih baik tanpa sekolah atau di mana-mana tempat belajar sebagai ladang menuai ilmu, tunjukkan. Tunjukkan ilmu tu tak penting dan kamu ada sistem kehidupan yang lebih baik tanpa ilmu dari orang lama (berilmu sebelum kamu). Buktikan ada bukit dan gunung yang boleh didaki sehingga bila di puncak kamu melihat orang lain di bawah terlalu kecil, dan orang di bawah melihat kamu terlalu besar dan gah! Di manakah? Tunjuk.
Sudah-sudahlah menikmati budaya habis sekolah cara bodoh itu. Yang buat tu pula dah la antara segelintir pelajar-pelajar yang nyata malas dan tak pandai pun. Tapi teriak “MERDEKA” mereka seolah orang yang penat lelah berjuang dengan cara terbaik. Kalau yang pandai juga terlibat, tanda ilmunya tak disebatikan dengan akhlak.
Benarkah merdeka?
Hakikatnya kehidupan ini ujian yang tiada kesudahan sehingga akhir usia. Dan raih ilmu itu kewajipan sehingga ke liang lahad.
Tonton video viral pelajar SPM meraikan sesi tamat zaman persekolahan di bawah.
Sumber: Facebook Mai Izyani
No comments: