Header Ads

Teka-Teki Hubungan Fattah Amin Dan Fazura Akhirnya Terjawab, Hanya Bertunang Dan Bakal Bernikah Dalam Masa Terdekat

Sebelum ini, tersebarnya perkhabaran pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura telah disahkan bernikah. Malah, sebelum berangkat ke Tanah Suci, mereka didakwa telah bertunang dalam suatu majlis tertutup di kediaman nenek Fazura. Khabar angin itu dikuatkan lagi apabila pengurus Fattah, Sakirin Shak memuat naik sebuah video merakam ibu Fazura memberitahu doanya di Jabal Rahmah agar jodoh mereka berkekalan.

Seperti yang dinanti-nantikan, sebentar tadi pasangan itu telah mengadakan suatu sesi khas bersama media di Royale Chulan, Kuala Lumpur. Pegumuman itu akhirnya menjawab segala desas-desus yang melingkari kisah percintaan mereka sejak kebelakangan ini.

Teka-Teki Hubungan Fattah Amin Dan Fazura Akhirnya Terjawab, Hanya Bertunang Dan Bakal Bernikah Dalam Masa Terdekat

‘Kami belum bernikah, baru bertunang 13 November lalu’


Menerusi sidang media khas itu, Fattah berkongsi berita gembira mengesahkan mereka sudah pun selamat bertunang pada 13 November lalu di rumah nenek aktres itu di Petaling Jaya, Selangor.

Walau bagaimanapun, Fattah menekankan tiada pernikahan yang berlaku di Mekah, sekaligus mengakhiri segala desas-desus yang menular di media sosial. Namun, tambah pelakon ‘Hero Seorang Cinderella’ itu, beliau ada perancangan untuk memperisterikan Fazura dalam masa terdekat.

‘Rancang nikah dalam waktu terdekat’

Fattah Amin Dan Fazura Umum Sudah Bertunang, Bakal Bernikah Dalam Masa Terdekat

Kami sedang merancang untuk melalui proses pernikahan seperti orang lain juga iaitu kami sedang merancang untuk pergi ke kursus kahwin, macam orang-orang lain juga. Lepas kursus kahwin kita ada proses permohonan kahwin dan seterusnya. InsyaAllah, doakan yang baik-baik untuk kami bernikah, InsyaAllah.

Pasangan itu turut berkongsi hasrat untuk mengadakan pernikahan itu secara tertutup.

Di atas permintaan keluarga kami juga, kami minta untuk diberi sedikit ruang privasi untuk kami adakan pernikahan itu secara tertutup. Ini adalah permintaan daripada keluarga kami sendiri.

Dan InsyaAllah, jangan risau. Resepsi nanti memang kita akan ajak semua media. Dalam perancangan kita ada dua resepsi, InsyaAllah. Untuk keluarga dan juga media dan satu lagi untuk peminat-peminat kami di luar sana. Itu sebagai tanda kami menghargai rakan-rakan media yang sentiasa mendoakan yang baik-baik, kepada peminat-peminat yang sentiasa mendoakan kami.

Di sidang media itu, Fattah mengesahkan keluarganya telah menghantar rombongan merisik dua hari sebelum mereka berangkat ke umrah. Majlis pertunangan telah pun berlangsung pada tarikh yang sama.

Kami mengucapkan tahniah kepada Fattah Amin dan Fazura. Moga perjalanan ini diberkati Allah S.W.T. dan segala perancangan perkahwinan kalian berjalan dengan lancar.

Sumber: Astro Awani

No comments:

Powered by Blogger.